terima kaseh awak,awak dan awak!

09 August 2012

The last ten nights of Ramadan


Assalamualaikum, alang2 dah ada blog, rugi la kalau tak buat pahala via blog ni. hehe.

Alhamdulillah, dah Ramadhan yang ke-20, cepatnya masa berjalan. lagi 10 hari Ramadhan nak habis. ada yang sedih sebab bulan berkat ni dah nak habis, ada yang suka sebab raya dah nak dekat. kita dalam kategori mana eh? hee. pikir sendiri..=)

jom cari lailatul qadar dalam 10 malam terakhir Ramadhan ni. Allah rahsiakan bila malam tu sebab nak uji keikhlasan kita. habes kalau orang dah tau malam apa waktu lailatul qadar ni, sure waktu malam tu je kita buat ibadah sungguh2 kan? and kalau kita tau malam2 lain bukan malam lailatul qadar, sure kita tak buat ibadah kan? macam pengalaman sendiri je! ustaz masa sekolah dulu bagi tau, apa2 pun, setiap malam dalam bulan Ramadhan ni ada rahsia dan berkat yg tersendiri..=)

"Keikhlasan dalam mencari rahmat itu penting supaya tidak hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kadangkala masyarakat tersilap tafsir dengan menanti tanda-tanda pelik waktu Lailatul Qadar barulah mula hendak berdoa"




for a scoop of ice-cream, will u?


Hai, tiba tiba rasa rajin pulak nak update blog sekarang, layan jela~

hari ni teringin nak bebuka kat luar, dengar cerita Baskin Robbins bagi aiskrim free sempena Dato Lim Chong Wei dapat pingat perak Sukan Olimpik. jom! so, me and my roommate diceided nak pergi ECM. alang2! haa, semangat je nak merasa aiskrim free kan. aiskrim free mula dibuka pukul 8mlm sampai 10mlm.


tapi masa sampai ECM dalam pukul 7mlm, terus serbu KFC, on the way nak pergi KFC tu nampak orang dah start beratur. sejam awal ea? semangat betul. yang beratur ni kebanyakkannya cina. takpe la, diorang tak payah tunngu waktu berbuka, eh, tapi orang Islam pun ada yang sanggup berbuka dalam barisan. hehe. 

takpe la roomate, kita berbuka kat kfc dulu ea. nanti kalau rajin kita beratur la. =)

makan punya makan punya makan, makan agak laju sebab taknak lambat2, nanti surau penuh. so lepas siap makan, terus cari surau la kan..kan..kan..

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


opocot mak kaw, lebih kurang setengah jam je, orang dah jadi ramai macam ni. haha. bila masa diorang ni makan ni? masa ni belum pukul 8mlm lagi pun. em, tak sanggup nak beratur panjang semata2 for a scoop of ice-cream. ni sampai pukul 12 baru dapat kot. kalau Dato' Lim Chong Wei datang pun belum tentu orang ramai macam ni taw. hehe.


 takpe la roommate, kita makan aispop yang patahkan guna tutut tu jela malam ni. =p



08 August 2012

ohemgee


Assalamualaikum,

bukan nak cerita pasal Dato' LCW menang pingat perak olimpic dan bukan jugak pasal 5days of mc eh! ni pasal UNGS2050 (kod subjek tu) final exam.

last week on 31.7.2012, my ustazah said, "our final exam will be on 15.8.2012". well, lambat lagi kan, boleh goyang kaki lagi kan, hahaha. suka, suka, suka!

but hari ni 7.8.2012, ustazah said, "sorry students. we have to change the date for our final exam. the new date is 8.8.2012". opocot! esok la? yes, esok! kelas di-extend extra 2 jam tadi sebab nak habiskan silibus.

"ustazah... saya tak habis goyang kaki pun lagi, saya tak start study pun lagi". sobs~

padan muka sendiri. sapa suruh tak nak study awal2. tak rugi pun study awal2. ewahh, cakapandai~

oh ya, azrin ramli dah ada twitter! kekeke. buat lama dah, tapi baru nak belajar guna. ketinggalan sikit. hehehe. klik sini! =)

wish me luck, malam ni kena study macam nak jadi doctor! =p


05 August 2012

10 fakta tentang Azreen Ramli!


Assalamualaikum,
pejam celik pejam celik, dah masuk Ramadhan ke 16, ada yang masih tak tinggal puasa, ada yang dah tinggal puasa kan? =p


ok, back to 10 fakta tentang Azreen Ramli!
perlu ke? hehe. suka hati la, nama pun 1% of me, not u.. =p

 
1. kidal in everything. tapi main gitar guna tangan kanan. tulis pun boleh je guna tangan kanan, tapi tulisan rumi akan menjadi seperti jawi lah. hehe

2. tak suka pakai jam tangan. pernah la try beli jam, tapi sampai hari ni tak pakai, hesh, membazir~

3. allergy to pinky stuff. i hate pink. tak pernah ada baju or apa2 yang berwarna pink. kecuali orang bagi hadiah. =)

4. lebih suka handphone yang ada keypad, kurang gemar dengan handphone touch screen sebab susah nak reply mesej masa memandu dan masa mamai. =p

5. mudah cair bila tengok lelaki pakai kain pelekat. lelaki bujang only! suami orang tak cair ok. err~

6. family masih panggil 'adik' walaupun ada sorang adik. 11 tahun jadi anak bongsu.

7. pelukan bekalan nescafe mocha (tin warna ungu) di musim exam sebab nak stay up sampai subuh. nak stay up sampai subuh sebab, study last minutes..

8. perlukan motivasi yang tinggi untuk pergi kelas yang 'mendengar' or kelas yang tak perlu guna calculator.. mengantuk~

9. suka tengok wedding photography or videography. pastu berangan! (mengaibkan diri sendiri plak)

10. apply UIA sebab mak yang suruh and tak menyesal ikut pilihan mak~ =)




fakta ke-11, Azreen Ramli akan buat muka macam ni bila nampak lelaki ensem. 
haha. guraw!


03 August 2012

"saya nak bercerai"


Dipetik kata2 oleh pensyarah UIA Fauziah Mohd Nor-


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam,
dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.

Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayang-kan kamu. jaga diri kamu baik2~