terima kaseh awak,awak dan awak!

20 January 2014

percutian jimat 3hari 2malam ke Kuching.


Assalamualakum! post kali ni agak panjaaaanggg, siapa yang rasa malas nak baca sila give up dari sekarang. sebelum anda menyesal.

baiklah, penulis sebenarnya nak share pengalaman mengembara (lah sangat) kat Kuching Sarawak dari 13 - 15 Januari 2014. sapa yang nak pergi Kuching lepas ni boleh la ambil tips (lah konon) dari blog ni. penulis akan share bajet dan nama tempat and sesuai la kalau sapa nak plan pergi Kuching. Flight + Hotel + Kereta Sewa + Minyak kereta + Makan untuk 3hari 2malam ni lebih kurang RM200 je. betul, tak tipu. kalau pembaca yang cantik dan handsome semua tak percaya, jom baca sampai habis.amboih, kena bodek dulu!

13 Jan 2014

Penulis dan 3 orang kawan penulis bergerak dari KL Sentral ke LCCT pukul 3 pagi (bus yang paling awal) naik Skybus. perjalanan ambil masa dalam 1 jam 15 minit. tiket  RM10 seorang sehala, kalau beli kat situ. kalau beli online lagi murah! sementara nak tunggu flight pukul 820am kami berempat merempat setempat bertempat di surau. ewahh! kami book tiket flight masa AirAsia buat promotion, RM55 pergi and balik sahaja. beli 4 tiket baru RM220 + RM4 (transaction fee) jadi lah RM224. 
nahh, ni bukti!

flight pukul 820am and sampai Kuching International Airport pukul 1005am. pukul 1100am kami start sewa kereta, tuan kereta sewa hantar ke airport free je. kami sewa kancil manual dari 13Jan sampai 15Jan cuma bayar RM150 je. dapt contact number tuan punya kereta ni dari sorang kawan yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). memang kami cari yang murah tapi selesa tapi jimat minyak tapi boleh bawak dan banyak lagi lah tapinya! maklumlah student lagi. minyak untuk 3 hari kami kat kuching leih kurang RM40 je. kalau tak sesat cukup je RM30, maksudnya, kami sesat banyak kali la. hee~

 
ni la rupa kereta sewa kami. abaikan kak Ahda (paling kanan) yang tengah sakit perut gelak tu. beliau terhibur sebab penulis sanggup berhenti tepi jalan sambil senget kan tayar macam umbrella girls nak ambil gambar dengan kereta sport! tapi sayangnya kaki mun tutup pulak tayar tu. ciss.

dapat je kereta sewa terus kami ronda2 sekitar Kuching. cari hotel yang kami menginap. ok, hotel yang kami duduk ialah Culture Inn. Twin room, fitted with tiled flooring, air-conditioned with flat screen TV and a private bathroom with shower facilities and toiletries.(sesungguhnya penulis hanya copy description dari booking.com). rate hotel ni RM70/night untuk twin room. dua malam RM140. bila share 4 orang jadi la sorang RM35 sahaja. sekali lagi, kami students dan kami memang cari yang murah tapi selesa tapi sedap tidur, tapi ada toilet, tapi ada TV dan macam macam tapi lagi lah. pekerja hotel ni very helpful, masa nak checked in, dia bagi kunci2 twin rooms yang available dan kami boleh melawat setiap bilik and pilih sendiri nak bilik yang mana. baikkan? dah la sepatutnya boleh check in lepas pukul 2ptg tapi kami checked in pukul 12tgh. untung dua jam la kononnya. =p

ni lah lebih kurang rupa bilik kami. selesa, ada aircond, TV, private toilet walaupun murah! dan yang paling penting ada WIFI lajuuu! zup zap zup zap bunyi dia. gambar di-kidnap dari google. sebab tak sempat nak ambik gambar, bilik dah macam kapal pecah. hahah. biasalah, pengembara~ =p

lepas dah dapat hotel, kami mandi, solat and keluar balik. cari tempat makan kat area bandar Kuching. jumpa la Planet Sambal, makan Nasi Ayam Penyet dan Laksa Sarawak, sedap! RM10 kot spent untuk lunch. 

tak sah kalau tak ambil gambar sebelum makan! hehehe. ni masa makan kat Planet Sambal.

lepas makan, kami pergi melawat shopping malls sekitar kuching. seperti Tun Jugah, Sarawak Plaza, Water front dan bergambar di patung Kuching! sebenarnya hari first ni takde lagi plan. so jalan2 sekitar Kuching. 

berjalan kena pandang belakang sebab kat badan kita takde side mirror.


aim kami masa mula2 dapat kereta sewa ialah nak ronda cari kuching batu ni and nak ambik gambar depan dia. tercapai akhirnya. haha

nak bergambar kat sini sebab ada perkataan "Sarawak". hehe

kami jalan sampai lewat petang, dah terus cari masjid untuk solat manghrib. memandangkan 14Jan2014 tu jatuh pada 12Rabiulawal yakni tarikh kelahiran Rasullullah SAW, jadi kami bertuah sebab Masjid Bandaraya Kuching yang kami pergi tu ada buat majlis ilmu sempena Maulidur Rasul ni. 
 depan Masjid Bandaraya Kuching.. bukti pergi masjid! hahaha

sempat dengar ceramah sekejap. lepas tu kami lapar, kami keluar makan kat RJ Ayam Bakar!  pun sedap. bajet untuk dinner pun lebih kurang RM10 jugak. lepas makan kami ke Waterfront untuk bergambar lagi. malam pun cantik! lepas dah penat kami pun balik ke hotel dan plan betul2 tempat yang kami nak pergi esok. since kami semua baru habis final exams, tak sempat lah kami nak plan awal. bizy nak naikkan pointer la katakan!

14 Jan 2014

Penulis yang tengah sedap tidur dikejut oleh kawan yang sehati sejiwa seawal 6 pagi.(selalu set alarm pukul 645am, haha). lepas mandi, solat, bersiap, bersiap dan bersiap serta bersiap, kami keluar dari hotel jam 830am. bersiap memang lama. hihi. destinasi pertama kami ialah Sarawak Cultural Village. dalam perjalanan kami singgah sarapan di *lupa pulak dah nama kedai dia* makan Mee Kolok, bajet untuk sarapan RM6 je. kami teruskan perjalanan ke Sarawak Cultural Village, perjalanan ambil masa 40minit jugak la dari bandar Kuching. masuk cultural village ni dalam pukul 10am, tiket masuk ialah RM60, tapi kalau ada student card, bayar RM15 je. pheww, jimat RM45 beb! banyak benda baru yang kami jumpa, kami tengok, kami pegang, kami dengar kat cultural village ni. ada pertunjukan tarian kebudayaan lagi. sapa yang plan nak pergi Sawarak, sila include Cultural Village ni sebagai salah satu destinasi anda! ewahh, promote~

summary gambar di Cultural Village Sarawak.

kami keluar dari cultural village lebih kurang pukul 2 petang. sambung pulak bergambar di Damai Beach yang ada burung kenyalang tak hidup ni. lepas beteri camera dan handpone kong, kami pun balik. nasib baik beteri kong, kalau tak kong, tak balik kot. hihi.


kami berempat. =)

dalam perjalanan pulang kami singgah masjid *lupa lagi nama dia* jamak Zohor and Asar dan caj semua beteri yang kong tadi. plannya nak melawat Cat Museum, tapi nasib kami kurang baik sebab Cat Museum ni tutup kalau cuti umum. (14Jan2014 cuti umum sempena Maulidur Rasul). so macam biasa, kami ambil gambar je lah. 

bergambar sekitar Cat Museum, tak dapat masuk, dapat bergambar pun jadilah. hehe

kami singgah makan tengahari kat Kubah Ria, kos untuk lunch penulis dalam RM6 je, dan beli Terubuk Masin (benda wajib beli kalau melawat Sarawak) kat Medan Niaga Satok, sebelah Kubah Ria je, dan sambung aktiviti kami iaitu beli Kek Lapis pulak. (satu lagi benda wajib kena beli). 

 bukti pemergian penulis ke Kubah Ria dan Pasar Satok! wee~

kami sambung shopping kek lapis kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah. nak pergi ke Kedai diorang, lagi senang kalau park kereta kat Waterfront, dan naik sampan ke seberang. sampan tu kena bayar RM0.50/seoarang je. haish, jangan berkira! dalam kedai kek  diorang ada disediakan tester untuk cuba dan kalau berkenan boleh cari kek tersebut kat rak. semua yang dicuba semua sedap. rasa tester pun dah boleh kenyang sebab banyak sangat jenis kek yg ada. *ambik kesempatan nampak!* =p

suasana kedai kek lapis Dayang Salhah yg sangat best, pekerja pun baik2 dan hensem2. ahaks~

shopping kat seberang ni sampai senja, kami pun solat terus kat surau Hidayah Rahman *kot nama dia*. lepas tu amek balik boat ke waterfront. dan beli souvenir kat kedai2 depan water front. malam ni kami tak makan sebab kenyang makan makanan ringan seperti keropok lekor Sarawak dan tester kek lapis, haha. rasa lain dari keropok lekor terengganu tau. shoppping sampai ke malam, dan kami balik hotel plan untuk esoknya pulak.

15 Jan 2014

macam biasa, dikejutkan seawal 6pagi, mandi, solat, bersiap (x8), kemas beg dan checked out pukul 9 pagi. sepatutnya boleh check out pukul 12tgh, ciss rugi 3 jam balik. kami mulakan aktiviti dengan sarapan di Pak Somet Ayam Penyet, kos sarapan RM10. makan Mee Kolok lagi. hehe, sedap! aktiviti kami hari ni ialah melawat muzium2 seperti Muzium Seni Sarawak, Muzium Islam, Muzium Etnologi dan Muzium Sejarah Semulajadi. melawatnya sikit je, ambik gambar punya lah banyak!


summary gambar muzium2 yang kami pergi. malas nak upload satu2. =p

sampai ke tengah hari melawat muzium2, kami sambung shopping di Little India (nak pergi malam hari sebelum, tapi dah tutup). plan nak pergi taman buaya terpaksa cencel sebab hari hujan, lagi pun masa tak mengizinkan. tak ada rezeki kami. kami lunch walaupun dah agak petang di *siyes tak ingat nama kedai makan ni, bukan taknak promote, tapi tak ingat betul nih*. murah je, dalam RM6 untuk lunch. lepas petang tu, kami takut jalan jam, kami terus ke airport dan solat pun kat airport je. hantar kereta sewa dan suruh Encik Kereta Sewa tolong ambikkan gambar kami. sapa sewa kereta dia dapat percuma tolong ambik gambar, pekej. hehehe, pandai2!


terima kasih Encik Sewa Kereta tolong amekkan gambar. terima kasih jugak kepada rakan2 sepengembaraan, Kak Ahda, Mun, dan Lili yang tak jemu jemu melayan penulis yang mengada2 ni. walaupun jemu, mungkin tak ditunjuk oleh mereka. haha. baii Kuching. jumpa lagi kalau ada masa dan duit yg mengizinkan. =p

flight pukul 745pm dari Kuching dan sampai LCCT dalam pukul 9++, naik bus balik ke KL Sentral dan bayar RM10. tu je lah aktiviti dan bajet untuk trip ke Kuching kami. sekarang, jom tengok summary bujet  dari 13-15Jan untuk penulis seorang!

Flight (pergi balik) = RM56
Hotel (RM140) = RM35 seorang
Kereta Sewa (RM150) = RM37.50
Minyak Kereta (RM40) = RM10 seorang (kalau tak sesat lagi jimat) =p
Makan = RM50 lebih kurang (depends on saiz perut dan tempat makan pilihan anda)
Cultural Village = RM15 (harga pelajar)
Skybus = RM20

TOTAL = RM223.50, tak termasuk shopping la. penulis tak shopping banyak pun, sebab nak kumpul duit nak masuk meminang anak teruna orang. eh!


sekian saja percutian bajet kami. terima kasih kepada yang tekun baca sampai habis walaupun entry panjang nak mampus. harap2 berguna la eh entry ni. tak guna spent duit banyak2 kalau pengalaman yang dapat tu tak seberapa. gunakan masa sepenuhnya untuk belajar benda baru di tempat baru, tudia, kan dah membebel~