terima kaseh awak,awak dan awak!

20 January 2014

percutian jimat 3hari 2malam ke Kuching.


Assalamualakum! post kali ni agak panjaaaanggg, siapa yang rasa malas nak baca sila give up dari sekarang. sebelum anda menyesal.

baiklah, penulis sebenarnya nak share pengalaman mengembara (lah sangat) kat Kuching Sarawak dari 13 - 15 Januari 2014. sapa yang nak pergi Kuching lepas ni boleh la ambil tips (lah konon) dari blog ni. penulis akan share bajet dan nama tempat and sesuai la kalau sapa nak plan pergi Kuching. Flight + Hotel + Kereta Sewa + Minyak kereta + Makan untuk 3hari 2malam ni lebih kurang RM200 je. betul, tak tipu. kalau pembaca yang cantik dan handsome semua tak percaya, jom baca sampai habis.amboih, kena bodek dulu!

13 Jan 2014

Penulis dan 3 orang kawan penulis bergerak dari KL Sentral ke LCCT pukul 3 pagi (bus yang paling awal) naik Skybus. perjalanan ambil masa dalam 1 jam 15 minit. tiket  RM10 seorang sehala, kalau beli kat situ. kalau beli online lagi murah! sementara nak tunggu flight pukul 820am kami berempat merempat setempat bertempat di surau. ewahh! kami book tiket flight masa AirAsia buat promotion, RM55 pergi and balik sahaja. beli 4 tiket baru RM220 + RM4 (transaction fee) jadi lah RM224. 
nahh, ni bukti!

flight pukul 820am and sampai Kuching International Airport pukul 1005am. pukul 1100am kami start sewa kereta, tuan kereta sewa hantar ke airport free je. kami sewa kancil manual dari 13Jan sampai 15Jan cuma bayar RM150 je. dapt contact number tuan punya kereta ni dari sorang kawan yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). memang kami cari yang murah tapi selesa tapi jimat minyak tapi boleh bawak dan banyak lagi lah tapinya! maklumlah student lagi. minyak untuk 3 hari kami kat kuching leih kurang RM40 je. kalau tak sesat cukup je RM30, maksudnya, kami sesat banyak kali la. hee~

 
ni la rupa kereta sewa kami. abaikan kak Ahda (paling kanan) yang tengah sakit perut gelak tu. beliau terhibur sebab penulis sanggup berhenti tepi jalan sambil senget kan tayar macam umbrella girls nak ambil gambar dengan kereta sport! tapi sayangnya kaki mun tutup pulak tayar tu. ciss.

dapat je kereta sewa terus kami ronda2 sekitar Kuching. cari hotel yang kami menginap. ok, hotel yang kami duduk ialah Culture Inn. Twin room, fitted with tiled flooring, air-conditioned with flat screen TV and a private bathroom with shower facilities and toiletries.(sesungguhnya penulis hanya copy description dari booking.com). rate hotel ni RM70/night untuk twin room. dua malam RM140. bila share 4 orang jadi la sorang RM35 sahaja. sekali lagi, kami students dan kami memang cari yang murah tapi selesa tapi sedap tidur, tapi ada toilet, tapi ada TV dan macam macam tapi lagi lah. pekerja hotel ni very helpful, masa nak checked in, dia bagi kunci2 twin rooms yang available dan kami boleh melawat setiap bilik and pilih sendiri nak bilik yang mana. baikkan? dah la sepatutnya boleh check in lepas pukul 2ptg tapi kami checked in pukul 12tgh. untung dua jam la kononnya. =p

ni lah lebih kurang rupa bilik kami. selesa, ada aircond, TV, private toilet walaupun murah! dan yang paling penting ada WIFI lajuuu! zup zap zup zap bunyi dia. gambar di-kidnap dari google. sebab tak sempat nak ambik gambar, bilik dah macam kapal pecah. hahah. biasalah, pengembara~ =p

lepas dah dapat hotel, kami mandi, solat and keluar balik. cari tempat makan kat area bandar Kuching. jumpa la Planet Sambal, makan Nasi Ayam Penyet dan Laksa Sarawak, sedap! RM10 kot spent untuk lunch. 

tak sah kalau tak ambil gambar sebelum makan! hehehe. ni masa makan kat Planet Sambal.

lepas makan, kami pergi melawat shopping malls sekitar kuching. seperti Tun Jugah, Sarawak Plaza, Water front dan bergambar di patung Kuching! sebenarnya hari first ni takde lagi plan. so jalan2 sekitar Kuching. 

berjalan kena pandang belakang sebab kat badan kita takde side mirror.


aim kami masa mula2 dapat kereta sewa ialah nak ronda cari kuching batu ni and nak ambik gambar depan dia. tercapai akhirnya. haha

nak bergambar kat sini sebab ada perkataan "Sarawak". hehe

kami jalan sampai lewat petang, dah terus cari masjid untuk solat manghrib. memandangkan 14Jan2014 tu jatuh pada 12Rabiulawal yakni tarikh kelahiran Rasullullah SAW, jadi kami bertuah sebab Masjid Bandaraya Kuching yang kami pergi tu ada buat majlis ilmu sempena Maulidur Rasul ni. 
 depan Masjid Bandaraya Kuching.. bukti pergi masjid! hahaha

sempat dengar ceramah sekejap. lepas tu kami lapar, kami keluar makan kat RJ Ayam Bakar!  pun sedap. bajet untuk dinner pun lebih kurang RM10 jugak. lepas makan kami ke Waterfront untuk bergambar lagi. malam pun cantik! lepas dah penat kami pun balik ke hotel dan plan betul2 tempat yang kami nak pergi esok. since kami semua baru habis final exams, tak sempat lah kami nak plan awal. bizy nak naikkan pointer la katakan!

14 Jan 2014

Penulis yang tengah sedap tidur dikejut oleh kawan yang sehati sejiwa seawal 6 pagi.(selalu set alarm pukul 645am, haha). lepas mandi, solat, bersiap, bersiap dan bersiap serta bersiap, kami keluar dari hotel jam 830am. bersiap memang lama. hihi. destinasi pertama kami ialah Sarawak Cultural Village. dalam perjalanan kami singgah sarapan di *lupa pulak dah nama kedai dia* makan Mee Kolok, bajet untuk sarapan RM6 je. kami teruskan perjalanan ke Sarawak Cultural Village, perjalanan ambil masa 40minit jugak la dari bandar Kuching. masuk cultural village ni dalam pukul 10am, tiket masuk ialah RM60, tapi kalau ada student card, bayar RM15 je. pheww, jimat RM45 beb! banyak benda baru yang kami jumpa, kami tengok, kami pegang, kami dengar kat cultural village ni. ada pertunjukan tarian kebudayaan lagi. sapa yang plan nak pergi Sawarak, sila include Cultural Village ni sebagai salah satu destinasi anda! ewahh, promote~

summary gambar di Cultural Village Sarawak.

kami keluar dari cultural village lebih kurang pukul 2 petang. sambung pulak bergambar di Damai Beach yang ada burung kenyalang tak hidup ni. lepas beteri camera dan handpone kong, kami pun balik. nasib baik beteri kong, kalau tak kong, tak balik kot. hihi.


kami berempat. =)

dalam perjalanan pulang kami singgah masjid *lupa lagi nama dia* jamak Zohor and Asar dan caj semua beteri yang kong tadi. plannya nak melawat Cat Museum, tapi nasib kami kurang baik sebab Cat Museum ni tutup kalau cuti umum. (14Jan2014 cuti umum sempena Maulidur Rasul). so macam biasa, kami ambil gambar je lah. 

bergambar sekitar Cat Museum, tak dapat masuk, dapat bergambar pun jadilah. hehe

kami singgah makan tengahari kat Kubah Ria, kos untuk lunch penulis dalam RM6 je, dan beli Terubuk Masin (benda wajib beli kalau melawat Sarawak) kat Medan Niaga Satok, sebelah Kubah Ria je, dan sambung aktiviti kami iaitu beli Kek Lapis pulak. (satu lagi benda wajib kena beli). 

 bukti pemergian penulis ke Kubah Ria dan Pasar Satok! wee~

kami sambung shopping kek lapis kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah. nak pergi ke Kedai diorang, lagi senang kalau park kereta kat Waterfront, dan naik sampan ke seberang. sampan tu kena bayar RM0.50/seoarang je. haish, jangan berkira! dalam kedai kek  diorang ada disediakan tester untuk cuba dan kalau berkenan boleh cari kek tersebut kat rak. semua yang dicuba semua sedap. rasa tester pun dah boleh kenyang sebab banyak sangat jenis kek yg ada. *ambik kesempatan nampak!* =p

suasana kedai kek lapis Dayang Salhah yg sangat best, pekerja pun baik2 dan hensem2. ahaks~

shopping kat seberang ni sampai senja, kami pun solat terus kat surau Hidayah Rahman *kot nama dia*. lepas tu amek balik boat ke waterfront. dan beli souvenir kat kedai2 depan water front. malam ni kami tak makan sebab kenyang makan makanan ringan seperti keropok lekor Sarawak dan tester kek lapis, haha. rasa lain dari keropok lekor terengganu tau. shoppping sampai ke malam, dan kami balik hotel plan untuk esoknya pulak.

15 Jan 2014

macam biasa, dikejutkan seawal 6pagi, mandi, solat, bersiap (x8), kemas beg dan checked out pukul 9 pagi. sepatutnya boleh check out pukul 12tgh, ciss rugi 3 jam balik. kami mulakan aktiviti dengan sarapan di Pak Somet Ayam Penyet, kos sarapan RM10. makan Mee Kolok lagi. hehe, sedap! aktiviti kami hari ni ialah melawat muzium2 seperti Muzium Seni Sarawak, Muzium Islam, Muzium Etnologi dan Muzium Sejarah Semulajadi. melawatnya sikit je, ambik gambar punya lah banyak!


summary gambar muzium2 yang kami pergi. malas nak upload satu2. =p

sampai ke tengah hari melawat muzium2, kami sambung shopping di Little India (nak pergi malam hari sebelum, tapi dah tutup). plan nak pergi taman buaya terpaksa cencel sebab hari hujan, lagi pun masa tak mengizinkan. tak ada rezeki kami. kami lunch walaupun dah agak petang di *siyes tak ingat nama kedai makan ni, bukan taknak promote, tapi tak ingat betul nih*. murah je, dalam RM6 untuk lunch. lepas petang tu, kami takut jalan jam, kami terus ke airport dan solat pun kat airport je. hantar kereta sewa dan suruh Encik Kereta Sewa tolong ambikkan gambar kami. sapa sewa kereta dia dapat percuma tolong ambik gambar, pekej. hehehe, pandai2!


terima kasih Encik Sewa Kereta tolong amekkan gambar. terima kasih jugak kepada rakan2 sepengembaraan, Kak Ahda, Mun, dan Lili yang tak jemu jemu melayan penulis yang mengada2 ni. walaupun jemu, mungkin tak ditunjuk oleh mereka. haha. baii Kuching. jumpa lagi kalau ada masa dan duit yg mengizinkan. =p

flight pukul 745pm dari Kuching dan sampai LCCT dalam pukul 9++, naik bus balik ke KL Sentral dan bayar RM10. tu je lah aktiviti dan bajet untuk trip ke Kuching kami. sekarang, jom tengok summary bujet  dari 13-15Jan untuk penulis seorang!

Flight (pergi balik) = RM56
Hotel (RM140) = RM35 seorang
Kereta Sewa (RM150) = RM37.50
Minyak Kereta (RM40) = RM10 seorang (kalau tak sesat lagi jimat) =p
Makan = RM50 lebih kurang (depends on saiz perut dan tempat makan pilihan anda)
Cultural Village = RM15 (harga pelajar)
Skybus = RM20

TOTAL = RM223.50, tak termasuk shopping la. penulis tak shopping banyak pun, sebab nak kumpul duit nak masuk meminang anak teruna orang. eh!


sekian saja percutian bajet kami. terima kasih kepada yang tekun baca sampai habis walaupun entry panjang nak mampus. harap2 berguna la eh entry ni. tak guna spent duit banyak2 kalau pengalaman yang dapat tu tak seberapa. gunakan masa sepenuhnya untuk belajar benda baru di tempat baru, tudia, kan dah membebel~



10 September 2013

welcoming a new baby into our family.

Assalamualaikum!

My final year first semester just started yesterday,. but today 10 September, i'm still at home!

My first plan was, extending the holiday to attend Azima's convocation of her master studies, on 11 September 2013. She already collected her convocation attire on 5 September, while she was in her 38th week of pregnancy. *can you imagine how eager she was..

Unfortunately, my youngest brother will be sitting for UPSR on 10,11,12 September so my mom couldn't join us. Saddest thing was her husband also couldn't attend because he's not in Johor for Operasi-apa-entah. That's why people said, it takes a strong woman to be with a soldier. Have to deal with selalu-kena-tinggal moments. Heee. So i decided to extend my holiday until her convocation day, according to plan, it was only me and my dad could attend the convocation day. Jadi lahh~

On 7 September, she noticed some light pink blood came out. On the same day, we sent her to Hospital Taiping at 340pm. Her contractions was starting mildly, came about every 20-30 minutes and she still can gave her smile! At night, it was occurring every 10-15 minutes or less. On the next day, 8 Spetember 2013, it was about 8am when she got into the labor room, and by then, she was 4 to 5 centimeters dilated. *sounds like doctor's explaination right?kekeke*. Alhamdulillah, at 1025am, 8 September, Azima delivered her baby boy. 

My 3rd nephew few hours after the delivery, Alhamdulillah. The best convocation gift ever for Azima Ramli, perhaps!


 My mom's happy face! =)


 Mom said "pegang baik2 dik, lembik lagi nih" hahaha


Opahs nowadays, hehehe.


Congratulations!!


04 September 2013

My internship experience

Bismillahirrahmanirrahim

Everything started in April 2013. While some of my friends were waiting for their application statuses from department, i was applying an internship place on my own, sending resumes and attending interviews in some private companies in KL since there is a burning fire of business and entrepreneurship deep inside me. Ewah! It was my mom's advise to look for better opportunities in KL.

"Buat apa duk kat rumah, kalau nak cari pengalaman kerja yang real punya, pergi lah cari area KL, cari company yg besar besar yang kita boleh apply kerja kat situ lepas grad. Belajar merantau cari rezki dari sekarang. Baru kita tau macam mana susah cari duit sendiri."

In my heart, i was like "mak ni tak suka aku duduk kat rumah ke?"

Few weeks after the interviews, Alhamdulillah, i received offer letter from a big company in KLCC. Then, I went to the office and signed a contract. I didn’t know how this life experience will look like, but at first I was a little bit scared. It was my first experience working in office! 

The office building, right in front the Convention Center. This picture was taken on my first day.
how jakun! =p

On  16 June 2013, from Kelana Jaya LRT station to KLCC station, in my heart, “Ya Allah, it’s starting”… At that moment I didn’t known that when I will be leaving the company, I would have feeling like the half of my heart is staying there. Now I can say it was the best experience in my life and I will never forget about that. In the first week of my intenship, the company brought all finance department staffs lunch at Impiana KLCC Hotel. It was a booster for me to do the best of my internship job actually. Kekeke


Free lunch at Impiana KLCC Hotel. Thanksss.  =)

I am so glad that I forced myself to do something like "err, kuli? job" in 5 days a week. Ops.  Thanks to this internship program, I crossed my borders and now I feel much stronger, more self-confident and more open-minded. These 10 weeks internship changed my life a lot and in the best way for sure. 

I am so thankful that I could be more than just an internship student there. I really liked everything about this internship and I also liked my job even tough it was like a kuli, pftt. I was working with crazy friends from other universities who also doin their internship, it was so much fun all the times when we had like a "luahan perasaan as a kuli" kekeke. I was using Lawson Smart Office Software, of course, it was a new thing for me. Thanks to my supervisor for helping me through my 'blur' situations. =')

Ya Allah, when I am writing this I miss the company so much! I miss my internship friends, my budak nanana, staffs and my supervisor too. Hihi. I still can’t believe how many great people I met there. They weren’t just random people for that 10 weeks. Now there are still part of my best friend’s list. I got attached to them so much and I am super happy that I could get to know them. I miss them so much, they bring to my life many unforgettable moments and I will never forget about them. 

 I was here for ten weeks, thanks for the opportunity to gain priceless experience and knowledge!


 Friends!On last day of internship, we had a kinda photography session at the pantry. hihi


On last day, i received an envelope with company logo on it! =)
InsyaAllh, in June 2014, i will come again to the company working there.

Thanks mom for a great advice and forced me to go out and find the best place! Dear Juniors, internship is not all about to get a good grade. It's a chance for us to have a real working experience, totally difference with our student lives. Good luck! Phew~

 


11 June 2013

International Mathematics Convention 2013


Assalamuaikum,

Saja nak share kemenangan, kejuaraan, kejohonan, kebanggaan, kekembang-hidungan, dan ke-yang-sama-erti-dengannya-an.


Cerita ni dah agak lama, tapi busy as thirnd year student telah menghalang penulis untuk berbangga di blog pasal kemenangan ni. Amboih.

Sekerang dah habis exam, ok, dah boleh bangga. Malas nak cakap banyak, so tengaok gambar kat bawah ni.
sumber: http://www.iium.edu.my/science/news/congratulation-cts-students

nampak tak nama yg dihighlight tu? nampak tak? so kalau nampak, sama tak dengan nama tuan punya blog? mesti la sama sebab memang tuan punya blog yang punya nama, in other words, memang tuan punya blog yang wakil IIUM ke International Mathematics Convention 2013 (IMC13). :p

IMC13 ni diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 9,10,11 May 2013. 2hari3malam yang sangat best, banyak ilmu and pengalaman dapat. punulis takda lah sumbang banyak, cuma masuk pertandingan senimatik je. kami ber-teater dengan kisah yang berunsurkan matematik. so setakat nak bangga dengan anak cucu nanti boleh la. :p



23 March 2013

matmerah vs sitibiru


Pada suatu malam, matmerah on the phone dengan sitibiru, maklumlah celcom ada promotion 60minit berbual dan 120sms hanya RM1, sitibiru rasa macam nak test matmerah yang dah lama tinggalkan subjek yang paling menghiburkan minda yakni mathematics. sitibiru bagi satu general equation, ax^2 + bx + c = 0 dah suruh matmerah completing the square, soalan sekolah menengah je ni, bukan soalan bukan students matrik pun. dan bukan jugak soalan students degree.


"cakap dalam telefon, mana boleh nak kira"

"tak payah kira la, explain step je"

"tak boleh, kena tulis baru boleh bagi tau step"


alasan semata mata. matmerah sebenarnya dah lupa. hahahah. puas hati sitibiru! matmerah tak puas hati. lalu...


"ok, kalau baby lahir then badan dia jadi kuning, mata dia jadi kuning, kita panggil apa?"

"demam kuning!"

"nama saintifik dia apa?"

"tataw" =(

"jaundis!"

"mana la taw, tak pernah belajar biology, pathology, physiology, cytology, histology, semua yg loji2 semua tak suka..i mean, logy.."

"ok, next, soalan senang je, kalaw orang tu gemok, banyak lemak, kita panggil apa?"

"obesiti la~"

"salah"

"jawapan dia apa?"

"Azreen Ramli" *eh,sitibiru*

"pernah makan bubur nasik pakai tiub tak?"