terima kaseh awak,awak dan awak!

09 April 2011

KES DERA : bapak pukul anak yang nak pakai tudung~


terpanggil untuk berkongsi satu emel. (ayat macam nak buat karangan surat rasmi)
jom baca dan ambek pengajaran ok?

emelnya berbunyi begini :


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!




bawak bertunang semua.. haha!
tekun membaca? sorry la.. aku pun terkena sebab tu aku nak korang terkena macam aku. tak best la terkena sorang2 kan?


17 March 2011

bukan topik bertunang, tapi topik berhutang

Menurut Rasulullah SAW, hutang penyebab kesedihan di malam hari dan kehinaan di siang hari. hutang juga membahayakan akhlaq, kata Rasulullah, “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.”
(HR. Bukhari)

Rasulullah pernah menolak mensolatkan jenazah sesorang yang diketahui masih meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. Sabda Rasulullah, “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali hutangnya.”
(HR. Muslim)

kisah TOM & JERRY

watak TOM (bukan nama sebenar), sebagai penghutang
watak JERRY (bukan nama dalam i.c.), sebagai yang dihutang

pada satu hari, si Tom ada masalah kewangan jadi dia pun berhutang dengan Jerry. Jerry pun ikhlas bagi pinjam duit sebab kesian. dalam masa yang paaanjang, keadaan si Tom pun dah stabil. superb stabil kot. tapi Tom tak bayar hutang lagi. mungkin Tom lupa dia berhutang kot. so Jerry pun ingatkan si Tom.

Jerry : Tom, tom, ko ingat tak ko ada hutang dengan aku? bila nak bayar?

Tom : Ingat2, ok nanti i bayar.."

Jerry pun lega bila dengar macam tu. Tapi, dah dekat setahun tak bayar2.

"dating sana dating sini ada pulak duit? kalau seringgit, dua ringgit boleh halalkan je. tapi kalau dah cecah 3 angka tu (lima angka termasuk titik perpuluhan dan dua kosang kat blakang), nak halal macam mana, aku pun asyik buat credit advance dengan celcom." rungut Jerry dalam bentuk tulisan.

si Tom tak rasa bersalah siket pun. tapi Jerry pulak yang rasa bersalah nak mintak lagi sekali. rasanya TOM dah ambik SPM. kan ada belajar dalam Pendidikan Islam pasal adab berhutang. kata sekolah agama? teettt.. pelik betul dengan perangai Tom yang tak rasa bersalah ni, kalau Jerry mintak sekali lagi, tak malu ke? ke tak tau malu?


ada sapa2 terasa dia TOM?

16 February 2011

sollu 'ala nabi

ok, ni bukan psal kawen. sapa yang taknak kawen pun boleh baca. ehem~

"try to pass your mornings & evenings in a state where your heart is free from all ill-feelings, jealousy & hatred for everyone, and remember that this is my sunnah and he who loves my sunnah will be with me in paradise"

terima kasih banyak banyak banyak dekat penghantar mesej ni. tak jemu2 hantar mesej yang baik2. memang tak salah, tapi apa salahnya kenalkan diri. ada sapa2 yang nak mengaku dia hantar mesej ni kat aku?

anyway, dapat jugak aku share kat blog. semoga penghantar mesej ni dapat pahala. ameen~

Salam Maulidur Rasul.. =)

08 February 2011

many thankss to ALLAH

after several days of fever, now i realized the hikmah behind it. maybe Allah wants to show how loving my mum is and how lucky i am for having such a great mum.
say, THANK YOU ALLAH~


1st day,
mak check suhu. demam nih. tengah2 hari pun bungkus dalam selimut. takut, but i dunt know what am i scared of, sampai my sister bacakan yaasin, bukak kan yaasin(mp3)sebenarnya. owh, menangis penulis! i asked my mum to be right beside me, mak korban tengok nona kat tv3, and she stay beside me almost the whole day. sweet sangat~
malam tu, mak tak boleh tido sebab setiap kali terbatuk, mak akan bangun. ha, lupa nak bagi tau, mak suruh tido sebilik dengan dia sebab dia nak jaga orang demam nih. lagi sweet mak saya. ehem~

2nd day,

demam still teruk, macam biasa, bungkus dalam selimut jela. mak belikan ubat, tapi tak makan. mak letakkan koolfever, tapi tercabut sebab tak reti dok diam. mak masakkan bubur nasi, tapi tak makan jugak.. kesian mak.. =(

macam2 mak buat nak sembuhkan anak dia..

3rd day,

demam dah semakin ok. alhamdulillah. dah boleh guraw2 dengan mak, dah boleh cakap pasal kawen dengan mak dah. hehe. tapi still batuk. batuk mengada2 namanya. mak belikan ubat batuk pulak. ubat ni je yang di telan. kesian kat mak kalaw tak makan ubat yang dia beli.


sweet orang baca, sweet lagi yg dapat layanan. lets appreciate our mum more than before. i love my mum more than she will eeeeever know..


dear future husband, will u treat me exactly like my mum did?


her hands are my favorite things to hold..
baru sehari sampai kuantan, i miss her already..sufi, tolonggg~

25 January 2011

All The Best!

"Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan,
maka Kau cemerlangkanklah aku dalam setiap perkara
dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh dari Islam dan petjuangan,
maka Kau lebih berhak menentukan selayaknya untuk ku.
kerana yakin tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia
melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya"

(doa yang di-forward oleh seorang kakak Darul Quran ke 10 digit celcom kepunyaan penulis)

Good Luck kawan2..

nak doa sempena hadapi exam, boleh visit blog batch..=)