terima kaseh awak,awak dan awak!

20 August 2011

1432 punyer~


Assalamualaikum, hai..
before i get busy preparing Aidilfitri things and taking full advantage and benefit from the last part of Ramadan (hope so), i comotly edit this kinda kad raya.. =)



Selamat hari raya from Azreen and Suami Family..
(belom ada suami, so jangan nak menggatal)
 wish you all a very happy, selamat, great meaningful Aidilfitri!!
mwahh~



12 June 2011

just married

Alhamdulillah..
syukur, semua yang dirancang berjalan lancar..
hampir sempurna, thanks Allah..
dah selamat diijab kabul on 3rd june 2011
kapada yang hadir,terima kaseh. yang tak sempat nak invite sorry..
eh, jap.. ni bukan kenduri kawen aku la..
kenduri kawen ni abang aku yang ponya~
hehehe..
insyaAllah, bulan 10 dalam tahun ni jugak ada lagi satu kenduri kahwen..
jeng3~
semoga hasrat my mum nak dapat 2 menantu dalam tahun 2011 ni termakbul..
aminn..

to my bro Azli and his wife,
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair..
amek kaw, lirik maher zain aku bagi~


sah! aku pulak yang neves lebih, macam la aku yang kena salam dengan tok kadi..


semoga kekal romantik walaupun dah jadi atok and opah..=)


edit kelam kabut ni la hasilnye..=,='





09 April 2011

KES DERA : bapak pukul anak yang nak pakai tudung~


terpanggil untuk berkongsi satu emel. (ayat macam nak buat karangan surat rasmi)
jom baca dan ambek pengajaran ok?

emelnya berbunyi begini :


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!




bawak bertunang semua.. haha!
tekun membaca? sorry la.. aku pun terkena sebab tu aku nak korang terkena macam aku. tak best la terkena sorang2 kan?


17 March 2011

bukan topik bertunang, tapi topik berhutang

Menurut Rasulullah SAW, hutang penyebab kesedihan di malam hari dan kehinaan di siang hari. hutang juga membahayakan akhlaq, kata Rasulullah, “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.”
(HR. Bukhari)

Rasulullah pernah menolak mensolatkan jenazah sesorang yang diketahui masih meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. Sabda Rasulullah, “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali hutangnya.”
(HR. Muslim)

kisah TOM & JERRY

watak TOM (bukan nama sebenar), sebagai penghutang
watak JERRY (bukan nama dalam i.c.), sebagai yang dihutang

pada satu hari, si Tom ada masalah kewangan jadi dia pun berhutang dengan Jerry. Jerry pun ikhlas bagi pinjam duit sebab kesian. dalam masa yang paaanjang, keadaan si Tom pun dah stabil. superb stabil kot. tapi Tom tak bayar hutang lagi. mungkin Tom lupa dia berhutang kot. so Jerry pun ingatkan si Tom.

Jerry : Tom, tom, ko ingat tak ko ada hutang dengan aku? bila nak bayar?

Tom : Ingat2, ok nanti i bayar.."

Jerry pun lega bila dengar macam tu. Tapi, dah dekat setahun tak bayar2.

"dating sana dating sini ada pulak duit? kalau seringgit, dua ringgit boleh halalkan je. tapi kalau dah cecah 3 angka tu (lima angka termasuk titik perpuluhan dan dua kosang kat blakang), nak halal macam mana, aku pun asyik buat credit advance dengan celcom." rungut Jerry dalam bentuk tulisan.

si Tom tak rasa bersalah siket pun. tapi Jerry pulak yang rasa bersalah nak mintak lagi sekali. rasanya TOM dah ambik SPM. kan ada belajar dalam Pendidikan Islam pasal adab berhutang. kata sekolah agama? teettt.. pelik betul dengan perangai Tom yang tak rasa bersalah ni, kalau Jerry mintak sekali lagi, tak malu ke? ke tak tau malu?


ada sapa2 terasa dia TOM?

16 February 2011

sollu 'ala nabi

ok, ni bukan psal kawen. sapa yang taknak kawen pun boleh baca. ehem~

"try to pass your mornings & evenings in a state where your heart is free from all ill-feelings, jealousy & hatred for everyone, and remember that this is my sunnah and he who loves my sunnah will be with me in paradise"

terima kasih banyak banyak banyak dekat penghantar mesej ni. tak jemu2 hantar mesej yang baik2. memang tak salah, tapi apa salahnya kenalkan diri. ada sapa2 yang nak mengaku dia hantar mesej ni kat aku?

anyway, dapat jugak aku share kat blog. semoga penghantar mesej ni dapat pahala. ameen~

Salam Maulidur Rasul.. =)