terima kaseh awak,awak dan awak!

22 December 2011

i have reached 21 years of age!

Assalamuailaikum, thanks for visiting to my blog, even if u didnt do it on purpose. it's ok sayang, thanks jugak. =p

17 December yang lepas, merujuk kepada perkara diatas, alhamdulillah i have reached 21 years of age. time goes by too fast it seemed like i just registered to kindergarten. then peed in my pants. accidentally ok. sebab tunggu ayah datang amek lambat, tak sampai2, nak pergi toilet takot ayah cari tak jumpa. haha. ok, kantoikan diri sendiri. anyway, tak malu pun, rasa macam comel je terkencing dalam seluar time tu, tp kalau da umur 21 comel lagi x? jom try. hihi.

well, when i reached 21, i realized that..
  • 70% of my facebook updates are about love, not before nikah, but after nikah. A to the F to the E to the R! mana uruf T?
  • aku dah kurang merajuk, kurang mengada2, kurang cemburu buta, pendek kata semakin matang lah. prasan!
  • ramai kawan yang ada relationship problems datang mengadu n mintak nasihat aku. err.. dah jd doctor love plak skang.. layak ke aku? =p
  • aku dah berani nak sembang pasal rumahtangga dengan mak. wee.. best, share info, n tuntut ilmu rumahtangga sambil2 tu. hihi
  • i'm able to deliver oral presentations spontaneously without referring or reading any text in my hand, so all the words that came out were from my heart, not from the text. (padahal xsempat nak prepare,malas!)
  • aku dah bersemangat nak sambung master. if sebelum ni memang takde perasaan nak sambung lagi kan. insyaAllah, sambung master dulu, pastu kawen, anyway, may all my dreams will not collide with Allah's plans.
  • and bila masuk umur 21 ni aku dah malas nak update blog. rasa macam tanggungjawab lain semakin banyak.

korang yang dah umur 21 ni ada tak rasa macam aku rasa? plis jawab ada. errr.. aku normal kan? =p

07 December 2011

my mum's lullaby


hai! assalamualaikum..
terima kaseh sebab bukak blog ni,
walaupun secara tak sengaja terbukak and terbaca..

pun terima kaseh jugak!
tiba datang idea nak share something.
harap2 bermanfaat.

dulu, aku suka tidur dengan mak.
even dah besar panjang ni pun suka tidur dengan mak jugak.
and, yang bestnya, time kecik2 dulu, kalau mintak mak dodoikan,
mak akan tepuk2 bontot and nyanyi,


"Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang
Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goncang
Tanya Sama Angin, Apa Sebab Hujan
Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.

Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air
Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair
Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang
Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang."


tapi selalunya kalau mak nyanyi susah dia nak nyanyi sampai abes.
baru nyanyi siket, mak dah tetido dulu. hehe.
but if aku ada anak or sempat ada anak, aku akan tepok2 bontot anak aku and dodoi lagu ni..



"Tanya sama iman, apa sebab goyang?
Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab goncang?
Nanti jawab ujian, tanyalah akal..

Akal nanti kata, aku kandung ilmu.
Sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dlm hati, nampak tempat gelap,
campak nur hidayah, gelap pun hilang."

so sweet kan? lagu tu di copy dari satu fan page kat facebook. bukak la.
banyak nasihat2 best kat situ.


mak aku lagi cun dari mak budak ni.hehe.
terima kasih mak, for everything!
adek sayang mak.



Link

30 November 2011

Dear future husband

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Dear future husband,

Walaupun sekadar copy n paste, tapi ayat2 kat atas ni memang untuk awak. saye lah perempuan yang suke nanges, pot pet pot pet, suka cemburu, suka merajuk, degil n tak boleh kawal emotion.
Tapi saya syg, percaye, ambil berat n setia kat suami sy sangat2! If saye degil, awak (suami sy) masih boleh cairkan sy. Oh ye, sy janji sy akan jage awk (suami saye) macam sy jage baby sy! Eh, babies sy.. Haha.

Love,
your future wife

15 October 2011

aja aja fighting



Sunday, tired.
Monday, busy.
Tuesday, occupied.
Wednesday, packed.
Thursday, sleeplessness.
Friday, lifeless.
Saturday, stressed.

i know, i'm so overworked,
yes sayang, being overworked sucks,
i have so much in my mind,
i feel like i wanna cry. like a baby. i miss my home.
=(
nak jadi suri rumah je boleh tak?


thanks ema for the kind words of encouragement!
those words mellow my sorrows.. =)
i'll fight till the end!
mwahh kanan, mwahh kiri, mwahh kanan balik.



"yang susah ni la nak cerita kat anak cucu kita nanti :)"

mummy dgn daddy dulu2, bla bla bla.. (amboi?)
heee..



08 October 2011

full time student, full time businesswoman..

Assalamualaikum awak, awak dan awak..


imbas balek zaman 1st year yakni sem lepas je pun, kawan2 kelas keliru nak ambik minor apa? business? ict? or education? tapi aku tak keliru langsung and aku tak penah berbelah bagi, dalam otak dah set, minor business, minor business. sebab time form4-form5 aku aku amek course Entrepreneurship Studies at Taiping Technical School. (eleh~)


and alhamdulillah, hujung bulan july lepas, aku dapat sokongan parents and family untuk mulakan bisnes sendiri. ehem! dapat pulak jumpa supplier. memang peluang keemasan la i ckp u! dalam bisnes kita kena pandai ambil peluang. ahaks!


mula2 nak keluarkan modal tu ada la jugak takut2, bisnes apa yang takde risiko? ce bagi taw? tapi kalau takut nak amek risiko, means business isn't for u lah sayang. aku kelaurkan modal, aku usaha, aku tawakal..


kalau 12 tahun yang lepas aku jual sticker katun2 kat sekolah, tapi sekarang aku jual handbag kawan2. dari kecik lagi dah nampak minat kearah bisness ni rupanya. bisness time kecik2 dulu untung die siket je, tapi puas hati gila! tak tau kenapa. well, calon suami pun nak cari yang minat bisnes jugak la! ops~


tak habes2 cakap pasal suami, gatai! ok, mula2 ingat nak buat bisnes time cuti sem je, tapi bila bisnes dah dapat sambutan, tak kan nak stop kan? so aku decide to continue kat kampus. tapi kali ni parents macam ragu2, maybe diorang takut aku terlampau focus kat bisnes sampai tak ingat study, dengan romantiknye aku cakap, "mak, kawan2 adek ramai kerja part time kat luar, lagi la penat and susah nak focus study, gaji diorang pun tak banyak mana, adek buat bisnes on9 tak penat pun, untung pun masyuk, (mak paham tak masyuk tu apa?) adek berniaga kat depan laptop je mak".. dengan ayat romantik tu la mak aku cair.. hehehe..


once again, Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan buat bisnes, aku dah nak jadi supplier wa cakap sama lu.. ngee.. kalau Allah nak bagi rezki tu, dah nak tidur and dah duk dalam selimut pun rezki tu datang. macam hari tu, dah dekat pukul 1pagi tetiba ada customer sms cakap nak beli 4 bags. err, mula2 ingat dia main2 sebab before this paling banyak pun customers beli, 3 beg je, tu pun lepas aku bagi diskaun kaw2 punye.. takpe la aku pun on jela laptop kan. bila aku bagi nombor akaun, dia terus transfer duit, bila aku cek maybank2u, tengok2 dia betul2 dah transfer duit, tak mintak diskaun pun, banyak duwit kot, Alhamdulillah, rezki~


(RM35 x 4) + RM12 postage for 4 bags = RM152
see, kul 1 pagi dapat duwet.
lepas dapat duwet tu, walaupun tak banyak mana, aku tidur dengan rasa bersyukur.. ewahh~


“dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Surah ath-Thalaaq : ayat 3

ewahh, ayat quran i bagi u! Allah is always there to help me. thank you Allah.


oh ye, buat bisness ni bukan sebab nak kejar harta dunia yang melalaikan. bukan jugak sebab mata duitan ($..$)..
tapi sebab..

  • Islam menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia, setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.
  • Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.
  • Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
  • Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah S.W.T namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat
  • confirm bukan ayat aku and semestinya aku copy ayat2 kat atas ni dari sumber lain.

semoga satu hari nanti, bisness dah besar, boleh tolong orang lain mulakan bisness.. amin~
sekarang pun boleh je nak tolong, if berminat, contact je aku..=)
lepas baca, jemput ke facebook bisness aku.. hehe.. sempat lagi promote!