terima kaseh awak,awak dan awak!

22 October 2012

baby tinted & baby ziqry


 Assalamalaikum.. chak! 

post ni di tujukan kepada penggemar kucing. yang tak suka kucing pun boleh baca. mana la tau berubah hati lepas baca post ni terus jatuh cinta dengan kucing. hee. tapi sapa yang tak minat kucing memang rugi besar. yang takut kucing? usah dikenang besar mana rugi dia. haha. sebab kucing ni haiwan yang sangat manja, friendly, dengar kata and memahami. pendapat sendiri. sokong dak? =p

jom baca biodata kucing salah sekor kucing kat rumah ni. ewah, kucing pun ada biodata. 

Nama : Tinted (sempena warna bulu yang sangat gelap)
Umur : 4 bulan
Hobi : Tangkap cicak. (semoga tinted jumpa hobi yang lagi menarik lepas ni)
Warna bulu : shiny black. pakai shampoo black shine taw. haha
Makanan kegemaran : whiskas


 dah lama u tengok baby dari luar kelambu. tringin leteww.. =p

i trust u tinted. ni i bukak kelambu baby bagi u tengok baby. tengok je tau tinted. dont touch my nephew ok.

nanti baby ziqry ni dah besar, siap la. dia tarik ekor u. walaupun u geram tangan baby dok goyang2, tapi u  tak terkam pun. sayang u lebih. 
 macam la tinted boleh baca blog ni.. =,="






pertandingan teater


Assalamualaikum. lama tak update. bukan apa, semakin tua semakin busy. hee. jangan tak percaya Azreen yg korang kenal or tak berapa kenal or tak kenal langsung ni boleh berlakon dalam teater. haha. tajuk teater Salam Terakhir. yes, cerita sedih. dengar cerita ramai yang nanges. terharu taww.. tak sia2 kami pelakon2 menanges atas pentas. hehe

 
layan gambar pertandingan teater ni eh. wakil batch ke peringkat kuliyyah je pun. bukan teater kat istana budaya. tak kesah how tinngi the peringkat is, yang penting, kami johan. johan. apa? lagi sekali? ok, johan. =p


barisan pelakon, after selesai bertanding. 

 yg berdiri pakai kain batik tu arina, bawak watak mak. kalah fauziah nawi.. hee

 lama tak pakai baju sekolah. nak iron tudung sekolah pun dah tak reti. =p

peminat fanatik. haha. sayang akak! =p

  
another peminat fanatik. berebut2 nak amek gambar dengan kite ye anis? hahaha

 roomate pun datang tengok and support. tq mun. =)

 sebelum pertandingan, memang nervous sampai tak lalu makan malam. lepas pertandingan terus pergi jungle foodcourt ramai2. tomyam. feveret.

 love you friendssss~

 kenyang perut senang hati. haa, gitu~

 dah nak muntah kan tengok gambar2 kitorang. ok. good news for u sayang. ni gambar yg terakhir. =p

ops, sorry, plis jangan muntah, ada lagi satu gambar. haha. after group kami diumumkan johan pertandingan teater. pengumumam tu sehari selepas pertandingan. esonye la. suspen sungguh sementara nak tunggu keputusan.


that's all. hope lepas ni boleh try bidang lain plak. nak cungkil bakat terpendam. chewahh.. memang banyak halangan sepanjang nak prektis teater ni. buat 'homework' sampai pukul 2 pagi. praktis sampai pukul 1 pg, then tak boleh nak masuk bilik sebab roomate dah tidur, haish. macam2. tapi semua tu berbaloi. experience lagi bernilai dari cash yg kitorang dapat sebab menang pertandingan ni. =)


09 August 2012

The last ten nights of Ramadan


Assalamualaikum, alang2 dah ada blog, rugi la kalau tak buat pahala via blog ni. hehe.

Alhamdulillah, dah Ramadhan yang ke-20, cepatnya masa berjalan. lagi 10 hari Ramadhan nak habis. ada yang sedih sebab bulan berkat ni dah nak habis, ada yang suka sebab raya dah nak dekat. kita dalam kategori mana eh? hee. pikir sendiri..=)

jom cari lailatul qadar dalam 10 malam terakhir Ramadhan ni. Allah rahsiakan bila malam tu sebab nak uji keikhlasan kita. habes kalau orang dah tau malam apa waktu lailatul qadar ni, sure waktu malam tu je kita buat ibadah sungguh2 kan? and kalau kita tau malam2 lain bukan malam lailatul qadar, sure kita tak buat ibadah kan? macam pengalaman sendiri je! ustaz masa sekolah dulu bagi tau, apa2 pun, setiap malam dalam bulan Ramadhan ni ada rahsia dan berkat yg tersendiri..=)

"Keikhlasan dalam mencari rahmat itu penting supaya tidak hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kadangkala masyarakat tersilap tafsir dengan menanti tanda-tanda pelik waktu Lailatul Qadar barulah mula hendak berdoa"




for a scoop of ice-cream, will u?


Hai, tiba tiba rasa rajin pulak nak update blog sekarang, layan jela~

hari ni teringin nak bebuka kat luar, dengar cerita Baskin Robbins bagi aiskrim free sempena Dato Lim Chong Wei dapat pingat perak Sukan Olimpik. jom! so, me and my roommate diceided nak pergi ECM. alang2! haa, semangat je nak merasa aiskrim free kan. aiskrim free mula dibuka pukul 8mlm sampai 10mlm.


tapi masa sampai ECM dalam pukul 7mlm, terus serbu KFC, on the way nak pergi KFC tu nampak orang dah start beratur. sejam awal ea? semangat betul. yang beratur ni kebanyakkannya cina. takpe la, diorang tak payah tunngu waktu berbuka, eh, tapi orang Islam pun ada yang sanggup berbuka dalam barisan. hehe. 

takpe la roomate, kita berbuka kat kfc dulu ea. nanti kalau rajin kita beratur la. =)

makan punya makan punya makan, makan agak laju sebab taknak lambat2, nanti surau penuh. so lepas siap makan, terus cari surau la kan..kan..kan..

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


opocot mak kaw, lebih kurang setengah jam je, orang dah jadi ramai macam ni. haha. bila masa diorang ni makan ni? masa ni belum pukul 8mlm lagi pun. em, tak sanggup nak beratur panjang semata2 for a scoop of ice-cream. ni sampai pukul 12 baru dapat kot. kalau Dato' Lim Chong Wei datang pun belum tentu orang ramai macam ni taw. hehe.


 takpe la roommate, kita makan aispop yang patahkan guna tutut tu jela malam ni. =p



08 August 2012

ohemgee


Assalamualaikum,

bukan nak cerita pasal Dato' LCW menang pingat perak olimpic dan bukan jugak pasal 5days of mc eh! ni pasal UNGS2050 (kod subjek tu) final exam.

last week on 31.7.2012, my ustazah said, "our final exam will be on 15.8.2012". well, lambat lagi kan, boleh goyang kaki lagi kan, hahaha. suka, suka, suka!

but hari ni 7.8.2012, ustazah said, "sorry students. we have to change the date for our final exam. the new date is 8.8.2012". opocot! esok la? yes, esok! kelas di-extend extra 2 jam tadi sebab nak habiskan silibus.

"ustazah... saya tak habis goyang kaki pun lagi, saya tak start study pun lagi". sobs~

padan muka sendiri. sapa suruh tak nak study awal2. tak rugi pun study awal2. ewahh, cakapandai~

oh ya, azrin ramli dah ada twitter! kekeke. buat lama dah, tapi baru nak belajar guna. ketinggalan sikit. hehehe. klik sini! =)

wish me luck, malam ni kena study macam nak jadi doctor! =p