terima kaseh awak,awak dan awak!

28 December 2010

dunya wal akhirah

ingat nak tido dah.. tp nak buat pahala dulu la.. rasa macam nak share pasal 'ayat' best yang terbaca (bunyi macam tak sengaja baca) tadi. ayat ni pasal 'bini dua'..

"Dunia dan akhirat ibarat dua wanita yang di madu,
apabila engkau senang pada salah satu antaranya maka akan marahlah yang satunya lagi. "
( Saidina Ali r.a)

maknanya, kalau la asyik layan bini muda je, mesti la bini tua marah kan? ingat bini tua tak best ke? ok2, jangan lari topik wahai azreen. ayat kat atas nak bagi tau, kalau kita asyik lebihkan dunia, marah la akhirat. atau lebih tepat lagi, tak adil lah kan. dua2 penting. dua2 kita kena jaga. jangan sampai berat sebelah macam layan bini dua jugak la.

wallahualam bissawab

2 hot gossip(s):

Sha said...

i like this :)

Azreen Ramli said...

thanksssss.. =))

Post a Comment

kutuk jom!