terima kaseh awak,awak dan awak!

15 June 2012

mama dadido


Assalamualaikum..

pernah terfikir tak kenapa orang suka bela kucing? kenapa tak bela badak sumbu? errr~

kami ber-6, Azrul (arwah), Azli, Azizan, Azima, Azreen and Azwan semuanya suka kucing padahal parents siket pun tak suka kucing. orang kata "kemana tumpah kuah, kalau tak ke nasi". ni mesti kuah orang lain yang tertumpah kat nasi kami ber-6. hehe. 

kami memang dari kecik2 lagi bela kucing, tapi lepas Azwan lahir (2001), ada sekor kucing tu, suka pergi lompat atas kelambu baby wan. so suma kucing kat umah pun kena buang. sobs.

lepas wan dah besar, dalam tahun 2007, Azli bawak balik sekor kucing ni. dido nama dia. lepas dah lama sunyi tanpa kucing akhirnya ada jugak kucing. kalau bosan2, boleh gak jentik telinga dido. dadido ni mak kpd uteh. tapi uteh dah lama hilang. =(


 time dido muda2 dulu..
dari muda sampai tua, makan kuat, tapi badan slim.


sekolah pun tak pergi, nak menulis konon~


jangan tak tau, dido beranak 2kali setahun.
rumah ni dah jadi pusat penternakan kucing dah.
suburnya..


5 tahun dah umur dia.
so sekarang kami tengah pk nak hantar tadika mana tahun depan. 
haish~

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, 
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


dear parents,
anda patut bersyukur sebab kami ber-6 suka kucing, 
kalau kami suka badak sumbu macam mana?ngeee~



0 hot gossip(s):

Post a Comment

kutuk jom!