terima kaseh awak,awak dan awak!

31 December 2011

header 2012 dah siap~

Assalamualaikum, nak tanye, bila masa ko buat header ni?
Waalaikumussalam, baru buat petang tadi..(31/12/2011,630pm)

Ko buat sendiri?
Yela, sebab tu tak berapa nak lawa. =.='

kate busy? tak study ke?
tengah study, rehat kejap, edit2, terus upload, ada la dalam stengah jam..=p

yang pakai purdah tu ko ke?
yup..

da pakai purdah ke sekarang?
err..

hehe..
huhu..


esok exam.alahai mathematical methods..

30 December 2011

header hilang

header lama dah lapok, kena buang. header 2012 belum siap, malas nak layan adobe photoshop lagi, kang tak study aku. haish..

"ya Allah, permudahkan lah Azrin Ramli dan kawan2nya menghadapi final exam. Jangan lah engkau lupakan mereka (Azrin dan kawan2nya) segala ilmu yg engkau telah ajarkan kepada mereka sewaktu mereka memerlukan.. Amin."

baca doa ni banyak2 kali dan dengan bersungguh2 taw. terima kasih. =)

and i'm you future wife..


My dear FUTURE Husband
I will cook.
I will clean.
I will shop.
I will be the best wife, ever, InsyaAllah..
I will dress up for you.
I will maintain my appearance for you.
I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be.
I will be the best mother, InsyaAllah..
All these - as long as you promise me one thing..

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥ INSYAALLAH ♥

semakin dekat exam, semakin dasyat angau..hehe..
*normal kot*


lately, aku selalu dengar "Dear Future Husband/Wife", that's why la angaw kot!


22 December 2011

i have reached 21 years of age!

Assalamuailaikum, thanks for visiting to my blog, even if u didnt do it on purpose. it's ok sayang, thanks jugak. =p

17 December yang lepas, merujuk kepada perkara diatas, alhamdulillah i have reached 21 years of age. time goes by too fast it seemed like i just registered to kindergarten. then peed in my pants. accidentally ok. sebab tunggu ayah datang amek lambat, tak sampai2, nak pergi toilet takot ayah cari tak jumpa. haha. ok, kantoikan diri sendiri. anyway, tak malu pun, rasa macam comel je terkencing dalam seluar time tu, tp kalau da umur 21 comel lagi x? jom try. hihi.

well, when i reached 21, i realized that..
  • 70% of my facebook updates are about love, not before nikah, but after nikah. A to the F to the E to the R! mana uruf T?
  • aku dah kurang merajuk, kurang mengada2, kurang cemburu buta, pendek kata semakin matang lah. prasan!
  • ramai kawan yang ada relationship problems datang mengadu n mintak nasihat aku. err.. dah jd doctor love plak skang.. layak ke aku? =p
  • aku dah berani nak sembang pasal rumahtangga dengan mak. wee.. best, share info, n tuntut ilmu rumahtangga sambil2 tu. hihi
  • i'm able to deliver oral presentations spontaneously without referring or reading any text in my hand, so all the words that came out were from my heart, not from the text. (padahal xsempat nak prepare,malas!)
  • aku dah bersemangat nak sambung master. if sebelum ni memang takde perasaan nak sambung lagi kan. insyaAllah, sambung master dulu, pastu kawen, anyway, may all my dreams will not collide with Allah's plans.
  • and bila masuk umur 21 ni aku dah malas nak update blog. rasa macam tanggungjawab lain semakin banyak.

korang yang dah umur 21 ni ada tak rasa macam aku rasa? plis jawab ada. errr.. aku normal kan? =p

07 December 2011

my mum's lullaby


hai! assalamualaikum..
terima kaseh sebab bukak blog ni,
walaupun secara tak sengaja terbukak and terbaca..

pun terima kaseh jugak!
tiba datang idea nak share something.
harap2 bermanfaat.

dulu, aku suka tidur dengan mak.
even dah besar panjang ni pun suka tidur dengan mak jugak.
and, yang bestnya, time kecik2 dulu, kalau mintak mak dodoikan,
mak akan tepuk2 bontot and nyanyi,


"Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang
Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goncang
Tanya Sama Angin, Apa Sebab Hujan
Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.

Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air
Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair
Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang
Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang."


tapi selalunya kalau mak nyanyi susah dia nak nyanyi sampai abes.
baru nyanyi siket, mak dah tetido dulu. hehe.
but if aku ada anak or sempat ada anak, aku akan tepok2 bontot anak aku and dodoi lagu ni..



"Tanya sama iman, apa sebab goyang?
Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab goncang?
Nanti jawab ujian, tanyalah akal..

Akal nanti kata, aku kandung ilmu.
Sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dlm hati, nampak tempat gelap,
campak nur hidayah, gelap pun hilang."

so sweet kan? lagu tu di copy dari satu fan page kat facebook. bukak la.
banyak nasihat2 best kat situ.


mak aku lagi cun dari mak budak ni.hehe.
terima kasih mak, for everything!
adek sayang mak.



Link

30 November 2011

Dear future husband

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Dear future husband,

Walaupun sekadar copy n paste, tapi ayat2 kat atas ni memang untuk awak. saye lah perempuan yang suke nanges, pot pet pot pet, suka cemburu, suka merajuk, degil n tak boleh kawal emotion.
Tapi saya syg, percaye, ambil berat n setia kat suami sy sangat2! If saye degil, awak (suami sy) masih boleh cairkan sy. Oh ye, sy janji sy akan jage awk (suami saye) macam sy jage baby sy! Eh, babies sy.. Haha.

Love,
your future wife

15 October 2011

aja aja fighting



Sunday, tired.
Monday, busy.
Tuesday, occupied.
Wednesday, packed.
Thursday, sleeplessness.
Friday, lifeless.
Saturday, stressed.

i know, i'm so overworked,
yes sayang, being overworked sucks,
i have so much in my mind,
i feel like i wanna cry. like a baby. i miss my home.
=(
nak jadi suri rumah je boleh tak?


thanks ema for the kind words of encouragement!
those words mellow my sorrows.. =)
i'll fight till the end!
mwahh kanan, mwahh kiri, mwahh kanan balik.



"yang susah ni la nak cerita kat anak cucu kita nanti :)"

mummy dgn daddy dulu2, bla bla bla.. (amboi?)
heee..



08 October 2011

full time student, full time businesswoman..

Assalamualaikum awak, awak dan awak..


imbas balek zaman 1st year yakni sem lepas je pun, kawan2 kelas keliru nak ambik minor apa? business? ict? or education? tapi aku tak keliru langsung and aku tak penah berbelah bagi, dalam otak dah set, minor business, minor business. sebab time form4-form5 aku aku amek course Entrepreneurship Studies at Taiping Technical School. (eleh~)


and alhamdulillah, hujung bulan july lepas, aku dapat sokongan parents and family untuk mulakan bisnes sendiri. ehem! dapat pulak jumpa supplier. memang peluang keemasan la i ckp u! dalam bisnes kita kena pandai ambil peluang. ahaks!


mula2 nak keluarkan modal tu ada la jugak takut2, bisnes apa yang takde risiko? ce bagi taw? tapi kalau takut nak amek risiko, means business isn't for u lah sayang. aku kelaurkan modal, aku usaha, aku tawakal..


kalau 12 tahun yang lepas aku jual sticker katun2 kat sekolah, tapi sekarang aku jual handbag kawan2. dari kecik lagi dah nampak minat kearah bisness ni rupanya. bisness time kecik2 dulu untung die siket je, tapi puas hati gila! tak tau kenapa. well, calon suami pun nak cari yang minat bisnes jugak la! ops~


tak habes2 cakap pasal suami, gatai! ok, mula2 ingat nak buat bisnes time cuti sem je, tapi bila bisnes dah dapat sambutan, tak kan nak stop kan? so aku decide to continue kat kampus. tapi kali ni parents macam ragu2, maybe diorang takut aku terlampau focus kat bisnes sampai tak ingat study, dengan romantiknye aku cakap, "mak, kawan2 adek ramai kerja part time kat luar, lagi la penat and susah nak focus study, gaji diorang pun tak banyak mana, adek buat bisnes on9 tak penat pun, untung pun masyuk, (mak paham tak masyuk tu apa?) adek berniaga kat depan laptop je mak".. dengan ayat romantik tu la mak aku cair.. hehehe..


once again, Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan buat bisnes, aku dah nak jadi supplier wa cakap sama lu.. ngee.. kalau Allah nak bagi rezki tu, dah nak tidur and dah duk dalam selimut pun rezki tu datang. macam hari tu, dah dekat pukul 1pagi tetiba ada customer sms cakap nak beli 4 bags. err, mula2 ingat dia main2 sebab before this paling banyak pun customers beli, 3 beg je, tu pun lepas aku bagi diskaun kaw2 punye.. takpe la aku pun on jela laptop kan. bila aku bagi nombor akaun, dia terus transfer duit, bila aku cek maybank2u, tengok2 dia betul2 dah transfer duit, tak mintak diskaun pun, banyak duwit kot, Alhamdulillah, rezki~


(RM35 x 4) + RM12 postage for 4 bags = RM152
see, kul 1 pagi dapat duwet.
lepas dapat duwet tu, walaupun tak banyak mana, aku tidur dengan rasa bersyukur.. ewahh~


“dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Surah ath-Thalaaq : ayat 3

ewahh, ayat quran i bagi u! Allah is always there to help me. thank you Allah.


oh ye, buat bisness ni bukan sebab nak kejar harta dunia yang melalaikan. bukan jugak sebab mata duitan ($..$)..
tapi sebab..

  • Islam menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia, setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.
  • Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.
  • Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
  • Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah S.W.T namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat
  • confirm bukan ayat aku and semestinya aku copy ayat2 kat atas ni dari sumber lain.

semoga satu hari nanti, bisness dah besar, boleh tolong orang lain mulakan bisness.. amin~
sekarang pun boleh je nak tolong, if berminat, contact je aku..=)
lepas baca, jemput ke facebook bisness aku.. hehe.. sempat lagi promote!


semestinya copy n paste!


Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya
datang dengan kepala berketayap,
janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan
mahukan dia menemani kita sepanjang hayat,
membimbing kelakuan kita,
menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,
mendidik, membuka jalan
agar kita dapat memperdalam selok belok agama
yang barangkali selama ini hanya menjadi
pakaian dan lencana,
dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya.
Lambat atau cepat.

Sorry, Best Man Wins!
apekah?


03 October 2011

private and confidential



no more love stories.. untill.. nikah? maybe..
for the sake of everyone..
u can ask me why this and why that,
but my answer always NO KOMEN LA SAYANG!
chill~ =)

picture 1 : few months old
picture 2 : belum baligh
picture 3 : dah baligh
picture 4 : dah boleh jadi mummy.. =p

28 September 2011

family,si dia and kawan2..mwah,mwah,mwah!

aku mungkin takde iPad 2
aku mungkin takde iPhone 5
aku mungkin takde Blackberry Bold 4
aku mungkin takde kereta Skyline GTR
aku mungkin takde rumah agam yang besar
aku mungkin takde duit yang banyak

TAPI

aku ada FAMILY yang bahagia
aku ada kawankawan LAMA yang still contact aku
aku ada kawankawan BARU yang faham aku

dan aku sangat2 bersyukur dgn nikmat Allah yang infinity banyaknya,,

betul lah orang kata,
"KEBAHAGIAAN takkan dapat dibeli dengan WANG RINGGIT"


"A happy person focuses on what they have rather than on what they don’t have."

Stop complaining and you'll be a happy and positive person, inshaAllah..


*bukan aku mungkin takde, tapi memang aku takde.. kekekee~



dicuri dengan penuh kasih sayang dr status fb kawan! thanks Silentslayer Hisyham =D

04 September 2011

:: tat nenas azreen ::


hai, arini dah 6 syawal 1432H..
so selamat hari raya ke 6 atau secure the feast to-6.. english version ni google yg tolong translate. sengal jugak google ni kadang2. haha. nway, trima kaseh sebab buat aku happy.. and,and,and selamat balek uia terchenta to students medic & dentistry.
padan muka kena balek awal.. ngee..

post kali ni nak cite pasal tat nenas. yes, aku memang hantu tat nenas. eh, bukan hantu yang kena bogel kat depan dia tu tapi hantu yang suka makan tat nenas. huh~


bukti yang terdapat kat fb..hihi..
abaikan penipuan fb yang cakap aku kawen after 35days tu. cepat benor, kawen emergency ke apa?


buat kali pertama tahun ni aku buat tat nenas sendiri. kalau tahun2 lepas tolong uli, tolong bakar or tolong makan je. tapi tahun ni 90% made by me. dari rupa tepung, telur, buttercup yang takda selera nak makan sampai la jad tat nenas yang menggoda. ehem. oh ye, 10% hilang sebab my lil bro tolong bakar. takde la susah mane nak buat tat. dari 9pm sampai 12am dok layan tat nenas, memang penat tapi syok bila tengok hasil. perasan! raya ke-3 tat nenas menggoda tu dah habis. satu bekas dah habis. bekas besar ok? hee. tak sempat nak bawak balik kuantan. nampak sangat sedap. ehem lg skali. perasan lg skali.


ni la tat nenas yang menggoda tu. tinggal gambar je. tat sebenar dah masuk dalam perut dan mungkin dah di pindahkan ke jamban masing2.
untuk tempahah sila hubungi.... ewahh~



cuti tinggal lagi seminggu. =(


20 August 2011

1432 punyer~


Assalamualaikum, hai..
before i get busy preparing Aidilfitri things and taking full advantage and benefit from the last part of Ramadan (hope so), i comotly edit this kinda kad raya.. =)



Selamat hari raya from Azreen and Suami Family..
(belom ada suami, so jangan nak menggatal)
 wish you all a very happy, selamat, great meaningful Aidilfitri!!
mwahh~



12 June 2011

just married

Alhamdulillah..
syukur, semua yang dirancang berjalan lancar..
hampir sempurna, thanks Allah..
dah selamat diijab kabul on 3rd june 2011
kapada yang hadir,terima kaseh. yang tak sempat nak invite sorry..
eh, jap.. ni bukan kenduri kawen aku la..
kenduri kawen ni abang aku yang ponya~
hehehe..
insyaAllah, bulan 10 dalam tahun ni jugak ada lagi satu kenduri kahwen..
jeng3~
semoga hasrat my mum nak dapat 2 menantu dalam tahun 2011 ni termakbul..
aminn..

to my bro Azli and his wife,
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair..
amek kaw, lirik maher zain aku bagi~


sah! aku pulak yang neves lebih, macam la aku yang kena salam dengan tok kadi..


semoga kekal romantik walaupun dah jadi atok and opah..=)


edit kelam kabut ni la hasilnye..=,='





09 April 2011

KES DERA : bapak pukul anak yang nak pakai tudung~


terpanggil untuk berkongsi satu emel. (ayat macam nak buat karangan surat rasmi)
jom baca dan ambek pengajaran ok?

emelnya berbunyi begini :


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!




bawak bertunang semua.. haha!
tekun membaca? sorry la.. aku pun terkena sebab tu aku nak korang terkena macam aku. tak best la terkena sorang2 kan?


17 March 2011

bukan topik bertunang, tapi topik berhutang

Menurut Rasulullah SAW, hutang penyebab kesedihan di malam hari dan kehinaan di siang hari. hutang juga membahayakan akhlaq, kata Rasulullah, “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.”
(HR. Bukhari)

Rasulullah pernah menolak mensolatkan jenazah sesorang yang diketahui masih meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. Sabda Rasulullah, “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali hutangnya.”
(HR. Muslim)

kisah TOM & JERRY

watak TOM (bukan nama sebenar), sebagai penghutang
watak JERRY (bukan nama dalam i.c.), sebagai yang dihutang

pada satu hari, si Tom ada masalah kewangan jadi dia pun berhutang dengan Jerry. Jerry pun ikhlas bagi pinjam duit sebab kesian. dalam masa yang paaanjang, keadaan si Tom pun dah stabil. superb stabil kot. tapi Tom tak bayar hutang lagi. mungkin Tom lupa dia berhutang kot. so Jerry pun ingatkan si Tom.

Jerry : Tom, tom, ko ingat tak ko ada hutang dengan aku? bila nak bayar?

Tom : Ingat2, ok nanti i bayar.."

Jerry pun lega bila dengar macam tu. Tapi, dah dekat setahun tak bayar2.

"dating sana dating sini ada pulak duit? kalau seringgit, dua ringgit boleh halalkan je. tapi kalau dah cecah 3 angka tu (lima angka termasuk titik perpuluhan dan dua kosang kat blakang), nak halal macam mana, aku pun asyik buat credit advance dengan celcom." rungut Jerry dalam bentuk tulisan.

si Tom tak rasa bersalah siket pun. tapi Jerry pulak yang rasa bersalah nak mintak lagi sekali. rasanya TOM dah ambik SPM. kan ada belajar dalam Pendidikan Islam pasal adab berhutang. kata sekolah agama? teettt.. pelik betul dengan perangai Tom yang tak rasa bersalah ni, kalau Jerry mintak sekali lagi, tak malu ke? ke tak tau malu?


ada sapa2 terasa dia TOM?

16 February 2011

sollu 'ala nabi

ok, ni bukan psal kawen. sapa yang taknak kawen pun boleh baca. ehem~

"try to pass your mornings & evenings in a state where your heart is free from all ill-feelings, jealousy & hatred for everyone, and remember that this is my sunnah and he who loves my sunnah will be with me in paradise"

terima kasih banyak banyak banyak dekat penghantar mesej ni. tak jemu2 hantar mesej yang baik2. memang tak salah, tapi apa salahnya kenalkan diri. ada sapa2 yang nak mengaku dia hantar mesej ni kat aku?

anyway, dapat jugak aku share kat blog. semoga penghantar mesej ni dapat pahala. ameen~

Salam Maulidur Rasul.. =)

08 February 2011

many thankss to ALLAH

after several days of fever, now i realized the hikmah behind it. maybe Allah wants to show how loving my mum is and how lucky i am for having such a great mum.
say, THANK YOU ALLAH~


1st day,
mak check suhu. demam nih. tengah2 hari pun bungkus dalam selimut. takut, but i dunt know what am i scared of, sampai my sister bacakan yaasin, bukak kan yaasin(mp3)sebenarnya. owh, menangis penulis! i asked my mum to be right beside me, mak korban tengok nona kat tv3, and she stay beside me almost the whole day. sweet sangat~
malam tu, mak tak boleh tido sebab setiap kali terbatuk, mak akan bangun. ha, lupa nak bagi tau, mak suruh tido sebilik dengan dia sebab dia nak jaga orang demam nih. lagi sweet mak saya. ehem~

2nd day,

demam still teruk, macam biasa, bungkus dalam selimut jela. mak belikan ubat, tapi tak makan. mak letakkan koolfever, tapi tercabut sebab tak reti dok diam. mak masakkan bubur nasi, tapi tak makan jugak.. kesian mak.. =(

macam2 mak buat nak sembuhkan anak dia..

3rd day,

demam dah semakin ok. alhamdulillah. dah boleh guraw2 dengan mak, dah boleh cakap pasal kawen dengan mak dah. hehe. tapi still batuk. batuk mengada2 namanya. mak belikan ubat batuk pulak. ubat ni je yang di telan. kesian kat mak kalaw tak makan ubat yang dia beli.


sweet orang baca, sweet lagi yg dapat layanan. lets appreciate our mum more than before. i love my mum more than she will eeeeever know..


dear future husband, will u treat me exactly like my mum did?


her hands are my favorite things to hold..
baru sehari sampai kuantan, i miss her already..sufi, tolonggg~

25 January 2011

All The Best!

"Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan,
maka Kau cemerlangkanklah aku dalam setiap perkara
dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh dari Islam dan petjuangan,
maka Kau lebih berhak menentukan selayaknya untuk ku.
kerana yakin tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia
melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya"

(doa yang di-forward oleh seorang kakak Darul Quran ke 10 digit celcom kepunyaan penulis)

Good Luck kawan2..

nak doa sempena hadapi exam, boleh visit blog batch..=)

08 January 2011

sanggul KLCC?

cantik ke kalau ada sanggul tinggi?
cun ke kalau sanggul besar terpacak atas kepala?
best ke kalau rasa 'besar kepala'?

pelik la girlssss sekarang..
nasib baik la penulis ni jenis tak berkenan sanggul besar ni..
(rambut pun panjang siket dari rambut sufi je, macam mana nak buat sanggul kan?)
tapi memang tak berkenan la kalau fesyen camni..

idea untuk tulis post pasal sanggul tinggi melayut ni datang bila ternampak kat facebook (my favorite book u know) ada orang jual sanggul palsu..

ingat kan girlsss yang bersanggul tinggi ni sumbat apa la dalam tudung sampai jadi tinggi macam alien. ada jual sanggul palsu rupanya. ketinggalan zaman betul baru tau pasal sanggul palsu. well, tak malu pun kalau tak tahu pasal ni. baik ambik tau pasal harga minyak yang semakin mahal. bertuah betul hidup kat malaysia. "rakyat diutamakan" sampai terpaksa naikkan harga minyak. minyak naik ke naik minyak ke yang pasti sanggul tinggi ni tetap isu utama.


hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” -

besar sungguh. tak berat ke?


macam lebih kurang je dua2 gambar ni. cuma sorang tumpul sorang lagi tajam.


adakah model dalam gambar kat atas jugak mempunyai sanggul yang tinggi sampai tak muat pakai helmet?