terima kaseh awak,awak dan awak!

28 December 2012

final exam datang lagi



Asslamualaikum dan salam satu rynjesudah..=p

ada orang cakap, perempuan ni kalau belajar tinggi2 nanti kena duduk ceruk dapur jugak. kalau anda warganegara Malaysia mesti penah dengar kan? kalau tak penah dengar, sila semak status kewarganegaraan anda. ngee. yela, duduk ceruk dapur tu best apa. well, kitchen is my favorite zone in our house. tapi, yang membezakan perempuan educated dengan yang .... (satu lagi kategori tu) ialah besar mana dapur beliau. perempuan yang belajar tinggi ni, (penulis takde lah tinggi mana, baru degree, belum master, belum phd) kebanyakannyakan mampu memiliki dapur yang besar, yang mewah, yang  moden, yang kreatif lagi berseni dan yang boleh bergembira bersama suami dan anak2 kat dalam tu. haha. ok, ni sebenarnya introduction je.

isi penting yang nak cakap adalah, final exam for sem 1 untuk third year akan bermula 29 December 2012 dah habis pada 9 Januari 2013. dua tahun taw. hehe. doakan penulis dan kawan2 penulis dan kawan2 kepada kawan2 penulis supaya rajin study, tak malas, senang nak faham masa study, ingat ilmu yang dah study dah boleh apply dalam hidup, boleh jawab exam dengan baik. kalau nak doa supaya penulis bertemu dengan jodoh yang baik pun boleh. sangat dialu2kan. hehe. setakat ni je isi pentingnya. 

sorry, introduction lagi panjang dari isi penting.. haha.. sorry jugak kalau introduction dengan isi penting tak berkait antara satu sama lain. tu lah yang dinamakan 'seni'.. =,="



nak dapur yang besaarrr punya..pray for me.. =p
ok, nak stop berangan dah, jom study! bukan kerana dapur besar, tapi kerana Allah!



14 December 2012

1 + 1 = 3


Congratulations to my bro n sister in law!
Married on 4.6.2011
On 12.12.12 they got a special girt from Allah..



this is what i call 1 + 1 = 3
hehehe..


Alhamdulillah..
For the gift of new family member, was born 12.12.12..
A cute and putih melepak baby boy named Muhammah Aqeef Isyhad bin Azli.
Congratulations to my brother Azli Ramli...
He is my 2nd nephew after Muhammad Zarif Ziqry..


 4 month old baby Ziqry, got cousin already.. =)
Do thier face look similar to each other? hehe

HAPPY, HAPPY, HAPPY..

(^__________^)





06 November 2012

pantun kurangkan stress..=)


Sanggup andartu dari kahwin lari,
Takut tak dapat restu mak bapak,
Assalamuailum saya buka entry,
Takde idea, tapi nak tulis jugak,


Jangan dok tanya sudi tak sudi,
kalau dah berkenan meminang cepat
Ye betul, sekarang musim study,
Sebab exam semua rapat-rapat.


Jangan dok mintak diskaun hantaran,
Kad diskaun siswa u mak i tak terima,
Asignment banyak, memang tak tahan,
Bila nak siap, satu soalan pun jawab lamaaa.


Jangan ingat kahwin ni senang,
Mana sama single dengan ada bini,
Stress study usah dikenang,
Releks kan otak baca blog ni.


Apa nak kisah ke-hensem-an luaran
Kan dah cakap i tak pandang rupa
Stdy last minute jadi amalan
Tak stdy awal, takut cepat lupa. =p


Tunggu lama,cincin naik harga,
Tp tak kesah bukan i kena yg bagi,
Stay up lama sampai tak bertenaga,
Lepas exam tidur sampai esok pagi.


sebelum kahwin plis jaga hati,
belajar utk jadi suami dan bapak,
Ciptaan sepenuhnya oleh Azreen Ramli
Jangan nak copy jangan nak ciplak

Tak payah expose kat social networking,
Kalau dah jodoh,takkan kemana,
Good luck my friends,tu dia saya speaking,
Nak sambung stdy, stop dulu naaa..=p




22 October 2012

baby tinted & baby ziqry


 Assalamalaikum.. chak! 

post ni di tujukan kepada penggemar kucing. yang tak suka kucing pun boleh baca. mana la tau berubah hati lepas baca post ni terus jatuh cinta dengan kucing. hee. tapi sapa yang tak minat kucing memang rugi besar. yang takut kucing? usah dikenang besar mana rugi dia. haha. sebab kucing ni haiwan yang sangat manja, friendly, dengar kata and memahami. pendapat sendiri. sokong dak? =p

jom baca biodata kucing salah sekor kucing kat rumah ni. ewah, kucing pun ada biodata. 

Nama : Tinted (sempena warna bulu yang sangat gelap)
Umur : 4 bulan
Hobi : Tangkap cicak. (semoga tinted jumpa hobi yang lagi menarik lepas ni)
Warna bulu : shiny black. pakai shampoo black shine taw. haha
Makanan kegemaran : whiskas


 dah lama u tengok baby dari luar kelambu. tringin leteww.. =p

i trust u tinted. ni i bukak kelambu baby bagi u tengok baby. tengok je tau tinted. dont touch my nephew ok.

nanti baby ziqry ni dah besar, siap la. dia tarik ekor u. walaupun u geram tangan baby dok goyang2, tapi u  tak terkam pun. sayang u lebih. 
 macam la tinted boleh baca blog ni.. =,="






pertandingan teater


Assalamualaikum. lama tak update. bukan apa, semakin tua semakin busy. hee. jangan tak percaya Azreen yg korang kenal or tak berapa kenal or tak kenal langsung ni boleh berlakon dalam teater. haha. tajuk teater Salam Terakhir. yes, cerita sedih. dengar cerita ramai yang nanges. terharu taww.. tak sia2 kami pelakon2 menanges atas pentas. hehe

 
layan gambar pertandingan teater ni eh. wakil batch ke peringkat kuliyyah je pun. bukan teater kat istana budaya. tak kesah how tinngi the peringkat is, yang penting, kami johan. johan. apa? lagi sekali? ok, johan. =p


barisan pelakon, after selesai bertanding. 

 yg berdiri pakai kain batik tu arina, bawak watak mak. kalah fauziah nawi.. hee

 lama tak pakai baju sekolah. nak iron tudung sekolah pun dah tak reti. =p

peminat fanatik. haha. sayang akak! =p

  
another peminat fanatik. berebut2 nak amek gambar dengan kite ye anis? hahaha

 roomate pun datang tengok and support. tq mun. =)

 sebelum pertandingan, memang nervous sampai tak lalu makan malam. lepas pertandingan terus pergi jungle foodcourt ramai2. tomyam. feveret.

 love you friendssss~

 kenyang perut senang hati. haa, gitu~

 dah nak muntah kan tengok gambar2 kitorang. ok. good news for u sayang. ni gambar yg terakhir. =p

ops, sorry, plis jangan muntah, ada lagi satu gambar. haha. after group kami diumumkan johan pertandingan teater. pengumumam tu sehari selepas pertandingan. esonye la. suspen sungguh sementara nak tunggu keputusan.


that's all. hope lepas ni boleh try bidang lain plak. nak cungkil bakat terpendam. chewahh.. memang banyak halangan sepanjang nak prektis teater ni. buat 'homework' sampai pukul 2 pagi. praktis sampai pukul 1 pg, then tak boleh nak masuk bilik sebab roomate dah tidur, haish. macam2. tapi semua tu berbaloi. experience lagi bernilai dari cash yg kitorang dapat sebab menang pertandingan ni. =)


09 August 2012

The last ten nights of Ramadan


Assalamualaikum, alang2 dah ada blog, rugi la kalau tak buat pahala via blog ni. hehe.

Alhamdulillah, dah Ramadhan yang ke-20, cepatnya masa berjalan. lagi 10 hari Ramadhan nak habis. ada yang sedih sebab bulan berkat ni dah nak habis, ada yang suka sebab raya dah nak dekat. kita dalam kategori mana eh? hee. pikir sendiri..=)

jom cari lailatul qadar dalam 10 malam terakhir Ramadhan ni. Allah rahsiakan bila malam tu sebab nak uji keikhlasan kita. habes kalau orang dah tau malam apa waktu lailatul qadar ni, sure waktu malam tu je kita buat ibadah sungguh2 kan? and kalau kita tau malam2 lain bukan malam lailatul qadar, sure kita tak buat ibadah kan? macam pengalaman sendiri je! ustaz masa sekolah dulu bagi tau, apa2 pun, setiap malam dalam bulan Ramadhan ni ada rahsia dan berkat yg tersendiri..=)

"Keikhlasan dalam mencari rahmat itu penting supaya tidak hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kadangkala masyarakat tersilap tafsir dengan menanti tanda-tanda pelik waktu Lailatul Qadar barulah mula hendak berdoa"




for a scoop of ice-cream, will u?


Hai, tiba tiba rasa rajin pulak nak update blog sekarang, layan jela~

hari ni teringin nak bebuka kat luar, dengar cerita Baskin Robbins bagi aiskrim free sempena Dato Lim Chong Wei dapat pingat perak Sukan Olimpik. jom! so, me and my roommate diceided nak pergi ECM. alang2! haa, semangat je nak merasa aiskrim free kan. aiskrim free mula dibuka pukul 8mlm sampai 10mlm.


tapi masa sampai ECM dalam pukul 7mlm, terus serbu KFC, on the way nak pergi KFC tu nampak orang dah start beratur. sejam awal ea? semangat betul. yang beratur ni kebanyakkannya cina. takpe la, diorang tak payah tunngu waktu berbuka, eh, tapi orang Islam pun ada yang sanggup berbuka dalam barisan. hehe. 

takpe la roomate, kita berbuka kat kfc dulu ea. nanti kalau rajin kita beratur la. =)

makan punya makan punya makan, makan agak laju sebab taknak lambat2, nanti surau penuh. so lepas siap makan, terus cari surau la kan..kan..kan..

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


opocot mak kaw, lebih kurang setengah jam je, orang dah jadi ramai macam ni. haha. bila masa diorang ni makan ni? masa ni belum pukul 8mlm lagi pun. em, tak sanggup nak beratur panjang semata2 for a scoop of ice-cream. ni sampai pukul 12 baru dapat kot. kalau Dato' Lim Chong Wei datang pun belum tentu orang ramai macam ni taw. hehe.


 takpe la roommate, kita makan aispop yang patahkan guna tutut tu jela malam ni. =p



08 August 2012

ohemgee


Assalamualaikum,

bukan nak cerita pasal Dato' LCW menang pingat perak olimpic dan bukan jugak pasal 5days of mc eh! ni pasal UNGS2050 (kod subjek tu) final exam.

last week on 31.7.2012, my ustazah said, "our final exam will be on 15.8.2012". well, lambat lagi kan, boleh goyang kaki lagi kan, hahaha. suka, suka, suka!

but hari ni 7.8.2012, ustazah said, "sorry students. we have to change the date for our final exam. the new date is 8.8.2012". opocot! esok la? yes, esok! kelas di-extend extra 2 jam tadi sebab nak habiskan silibus.

"ustazah... saya tak habis goyang kaki pun lagi, saya tak start study pun lagi". sobs~

padan muka sendiri. sapa suruh tak nak study awal2. tak rugi pun study awal2. ewahh, cakapandai~

oh ya, azrin ramli dah ada twitter! kekeke. buat lama dah, tapi baru nak belajar guna. ketinggalan sikit. hehehe. klik sini! =)

wish me luck, malam ni kena study macam nak jadi doctor! =p


05 August 2012

10 fakta tentang Azreen Ramli!


Assalamualaikum,
pejam celik pejam celik, dah masuk Ramadhan ke 16, ada yang masih tak tinggal puasa, ada yang dah tinggal puasa kan? =p


ok, back to 10 fakta tentang Azreen Ramli!
perlu ke? hehe. suka hati la, nama pun 1% of me, not u.. =p

 
1. kidal in everything. tapi main gitar guna tangan kanan. tulis pun boleh je guna tangan kanan, tapi tulisan rumi akan menjadi seperti jawi lah. hehe

2. tak suka pakai jam tangan. pernah la try beli jam, tapi sampai hari ni tak pakai, hesh, membazir~

3. allergy to pinky stuff. i hate pink. tak pernah ada baju or apa2 yang berwarna pink. kecuali orang bagi hadiah. =)

4. lebih suka handphone yang ada keypad, kurang gemar dengan handphone touch screen sebab susah nak reply mesej masa memandu dan masa mamai. =p

5. mudah cair bila tengok lelaki pakai kain pelekat. lelaki bujang only! suami orang tak cair ok. err~

6. family masih panggil 'adik' walaupun ada sorang adik. 11 tahun jadi anak bongsu.

7. pelukan bekalan nescafe mocha (tin warna ungu) di musim exam sebab nak stay up sampai subuh. nak stay up sampai subuh sebab, study last minutes..

8. perlukan motivasi yang tinggi untuk pergi kelas yang 'mendengar' or kelas yang tak perlu guna calculator.. mengantuk~

9. suka tengok wedding photography or videography. pastu berangan! (mengaibkan diri sendiri plak)

10. apply UIA sebab mak yang suruh and tak menyesal ikut pilihan mak~ =)




fakta ke-11, Azreen Ramli akan buat muka macam ni bila nampak lelaki ensem. 
haha. guraw!


03 August 2012

"saya nak bercerai"


Dipetik kata2 oleh pensyarah UIA Fauziah Mohd Nor-


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam,
dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.

Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayang-kan kamu. jaga diri kamu baik2~


30 July 2012

another gift from Allah



Assalamualaikum! =)

post kali ni mengenai Azizan aka bijan only! sebagai tanda penghargaan sebab menghadiahkan Azreen Ramli sorang anak sedara. hihi. tahniah mak bijan!


1985, mini bijan. muka kelat!


 bijan sebelum baligh. kekeke.


 bijan selepas baligh..ngee.


iklan ubat gigi..


first few minutes as a wife! Alhamdulillah..=)


 bijan naik pelamin..meow~


7th Ramadhan 1433H (27/7/2012) 3.59am, lahir lah bijan junoir, 
Ahmad Zarif Ziqri Bin Mohd Khairy



my first nephew. so now, you can call me makcik reen ye..i'm proud of the title. hihi. 
cepat sunggoh masa berlalu, rasa macam baru semalam je aku curi stokin sekolah bijan pagi2 sebelum pergi sekolah. sebab stokin sekolah aku selalu hilang sebelah. 
normal lettew..=p



23 July 2012

turun 30kg!



 
after 3 years tak dengar kabar berita,
tetiba ada friend request, mutual friend ramai, tapi aku tak kenal!
lepas siasat sket2...
opocot! budak ni rupanya, patot la tak kenal, dah kurus..
terkejut aku,
hehe, tahniah la, aku bangga dengan ko~


24 June 2012

Azima's turn


Assalamualaikum,
congratulations to my sister,
sebab dapat make up free, eh, sebab dapat cincin..
bila mathematician bertukar menjadi make up artist, hah begini lah hasilnya..
setelah training sehari sebelum majlis..
banyak lagi kena belajar, ni pun first time diberi kepercayaan untuk jadi mak andam.
sebelum ni orang takut nak 'tahan muka' kat aku,
mungkin sebab aku selalu main make up and tiru lady gaga punya make up style! =p
tak sanggup nak tengok akak sendiri rupa macam lady gaga time bertunang taw, ngee~


while waiting for rombongan pihak lelaki. dup dap, dup dap~


the best thing is to look natural, but it takes make up to look natural. haha

Azima Ramli went from being single to engaged. =p

Alhamdulillah,
Azli Ramli dah kahwin.
Azizan Ramli pun dah kahwin.
Azima Ramli dah bertunang.
Azreen Ramli punya turn pulak lepas nih! =p





22 June 2012

training mekap tunang..


Assalamualaikum,
since tomorrow, 23 Jun 2012, will be my sister's engagement ceremony,
will be just a small n simple ceremony, insyaAllah.
aku as mak andam terjun,
kena lah training dulu kan?
this is what we call rehearsal! err~ 

mak andam lain mekap sejam, aku mekap 2 jam.
my sister terpaksa redha dengan hasil tangan aku.
nama pun mekap free, jgn banyak cakap lah!
gambar tanpa mekap, sila tengok sebelah kanan.
yang ada nama "Azima gemok" tu.. =p


oh, macam pondan!

 mata, part paling susah! pasrah je la ema oi~

 arini pakai baju biasa je, esok baru pakai baju lip lap lip lap~

 tangan coklat, muka kelabu! ngee

 senyum pun nak kena ajar! letih aku~

my make up stuff, haa, baru ko tawuu~ =p



sapa lagi yang nak tunang lepas ni? hee



19 June 2012

Ayat Ayat CINTA


KENAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
 Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
Surah Al-Baqarah ayat 216



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
Surah Al-Baqarah ayat 286



KENAPA RASA KECEWA?


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
Surah Ali-Imran ayat 139



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?



"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 
Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..... 
Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?



"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
Surah At-Taubah ayat 129



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." 
Surah Yusuf ayat 12


peringatan untuk diri sendiri dan untuk yang membaca/terbaca. =)

15 June 2012

mama dadido


Assalamualaikum..

pernah terfikir tak kenapa orang suka bela kucing? kenapa tak bela badak sumbu? errr~

kami ber-6, Azrul (arwah), Azli, Azizan, Azima, Azreen and Azwan semuanya suka kucing padahal parents siket pun tak suka kucing. orang kata "kemana tumpah kuah, kalau tak ke nasi". ni mesti kuah orang lain yang tertumpah kat nasi kami ber-6. hehe. 

kami memang dari kecik2 lagi bela kucing, tapi lepas Azwan lahir (2001), ada sekor kucing tu, suka pergi lompat atas kelambu baby wan. so suma kucing kat umah pun kena buang. sobs.

lepas wan dah besar, dalam tahun 2007, Azli bawak balik sekor kucing ni. dido nama dia. lepas dah lama sunyi tanpa kucing akhirnya ada jugak kucing. kalau bosan2, boleh gak jentik telinga dido. dadido ni mak kpd uteh. tapi uteh dah lama hilang. =(


 time dido muda2 dulu..
dari muda sampai tua, makan kuat, tapi badan slim.


sekolah pun tak pergi, nak menulis konon~


jangan tak tau, dido beranak 2kali setahun.
rumah ni dah jadi pusat penternakan kucing dah.
suburnya..


5 tahun dah umur dia.
so sekarang kami tengah pk nak hantar tadika mana tahun depan. 
haish~

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, 
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


dear parents,
anda patut bersyukur sebab kami ber-6 suka kucing, 
kalau kami suka badak sumbu macam mana?ngeee~